Bersalin

9 Tanda Bayi Lapar Yang Mama Mungkin Tak Perasan

23
SHARES

“Ish, tadi baru je menyusu, lapar lagi ke? Ingatkan tadi merengek sebab tak selesa ke apa. Rupanya nak menyusu lagi…”

Bagi ibu yang menyusu badan buat pertama kali, memang susah nak mengagak berapa kali bayi baru lahir patut minum susu. Yalah, berbanding dengan susu dalam botol, kita tak tahu dah berapa banyak yang mereka minum dalam setiap kali penyusuan.

Kadang-kadang bila kita nak susukan, bayi minum macam main-main saja. Kadang-kadang bila terlewat sikit, dah menangis pula. Keliru dibuatnya kan?

Jadi, sebab itulah ibu perlu mengenal tanda bayi lapar. Mengetahui tanda-tanda tersebut dapat memudahkan ibu untuk lebih alert dan sekaligus mengelakkan bayi terus mengamuk dan sukar bertenang!

 9 Tanda Bayi Lapar Yang Ibu Kena Peka

Sebenarnya bayi baru lahir biasanya akan memberi isyarat tertentu menandakan mereka mahu menyusu. Kemudian isyarat ini akan berubah menjadi lebih jelas apabila mereka tidak dapat menyusu. Lepas itu barulah bayi akan menangis. Dan kalau anda perasan, masa menangis ini, tak semua bayi mahu disusukan terus. Sebaliknya, mereka perlu ditenangkan terlebih dahulu walaupun kelaparan.

Sebenarnya, ada tanda bayi lapar yang boleh dikenalpasti melalui perbuatan mereka. Kalau tak diperhatikan betul-betul, mungkin ramai yang tak perasan. Jom ketahui lebih lanjut berdasarkan gambar rajah di bawah.

tanda bayi lapar

Foto Kredit: Queensland Health Australia

Tanda Bayi Lapar: 3 Tanda Awal

Apabila bayi mula terasa lapar, bayi akan memperlihatkan 3 isyarat ini. Kadangkala isyarat ini kurang jelas dan ibu mungkin tak perasan, terutamanya ketika bayi sedang tidur.

  • Bayi yang lapar pada awalnya akan menggerakkan kepalanya sedikit.
  • Seterusnya bayi akan membuka mulutnya seolah-olah ingin minum.
  • Jika ibu masih belum memberinya susu, bayi akan mula memusingkan kepala ke kanan dan kiri seolah sedang mencari sesuatu, gerakan ini disebut dengan rooting reflex

Tanda Bayi Lapar: 3 Tanda Aktif

Apabila isyarat yang dibuat masih tidak mendapat perhatian ibu, bayi akan menunjukkan lagi tanda yang lebih aktif seperti

  • Menggeliatkan badan dengan gelisah.
  • Meningkatkan pergerakan badan.
  • Mula menghisap lidah atau tangan.

Tanda Bayi Lapar: 3 Tanda Lewat

  • Menangis adalah tanda terakhir yang akan diberikan apabila tanda-tanda awal yang diisyaratkan tidak mendapat perhatian.
  • Bayi juga akan kerap menolehkan kepalanya dengan panik dari satu sisi ke sisi yang lain.
  • Tangisan yang berterusan boleh menukarkan wajah dan kulit bayi menjadi merah. Sekiranya ini berlaku, tenangkan bayi terlebih dahulu dan berikan bayi menyusu sebaik tangisannya reda.

Foto Kredit: vagitnist-tyzhden.pp.ua

Bagaimana Memastikan Bayi Sudah Kenyang?

Apabila bayi dah kenyang menyusu, bayi biasanya akan menunjukkan tanda yang mereka sudah selesai menyusu.

Antara tandanya yang boleh ibu kenalpasti termasuklah:

  • Menutup bibir
  • Memalingkan kepala dari puting susu
  • Berhenti atau menghisap dengan lebih perlahan
  • Nampak tenang dan relaks
  • Melepaskan puting

Berapa Kerap Sepatutnya Bayi Menyusu Badan?

Kekerapan bayi menyusu tidak sama antara satu bayi dengan yang lain. Namun dalam minggu-minggu pertama, bayi biasanya akan menyusu dengan kerap, iaitu kira-kira 1-2 jam sekali.

Selain itu, selera bayi adalah berbeza, seperti mana selera anda juga. Jadi mungkin ada masanya mereka akan minum lebih kerap dan sebaliknya.

Memang ada bayi yang suka ‘mengempeng’ kerana dia berasa selesa berada dalam dakapan anda. Tapi penting juga untuk ibu faham bahawa susu badan amat cepat dicernakan, iaitu sekitar 2 jam selepas dia menyusu. Namun, ini adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan sistem pencernaan bayi berfungsi dengan baik dan normal!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×