Bersalin

Bayi Tak Kenyang, Kejap-kejap Nak Menyusu. Ini 5 Perkara Tentang ‘Cluster Feeding’ Ibu Perlu Tahu

1.2K
SHARES

“Apa kena dengan si Rania hari ni. Baru kejap tadi menyusu macam tak kenyang-kenyang. Betul-betul lapar ke atau nak main-main aja? Takut kalau banyak sangat susu nanti muntah pula.”

Bila si kecil asyik nak menyusu dengan terlalu kerap, kita mungkin akan berasa pelik. Bukan itu saja, seluruh badan terasa sengal sampai kerja-kerja lain semuanya tergendala. Tak sampai sejam nak menyusu lagi. Kalau tak diberi, menangis dan meraung pula dibuatnya.

Ini mungkin petanda yang bayi anda sedang mengalami sebuah keadaan yang dikenali sebagai ‘cluster feeding’. Mesti ramai ibu pernah menghadapi situasi sebegini bukan?

Jom ketahui beberapa perkara tentang ‘cluster feeding’.

5 Perkara Tentang ‘Cluster Feeding’ Yang Ibu Perlu Tahu

1. Apakah ‘Cluster Feeding’?

Menurut Health.com, ‘cluster feeding’ atau ‘bunch feeding’ adalah fasa di mana bayi anda mahu menyusu dengan begitu kerap dalam tempoh masa yang singkat.

Anda tak perlu risau kerana hal ini adalah normal bagi setiap bayi. Dalam tempoh ini mungkin ibu akan berasa letih yang luarbiasa dan mungkin juga agak tertekan kerana bayi seolah-olah tidak kenyang menyusu walaupun telah diberi dengan kerap.

Foto Kredit: preciouslittlesleep.com

2. Mengapa ‘Cluster Feeding’ Berlaku?

Bayi yang baru lahir biasanya akan menyusu dengan kerap kerana saiz perut mereka sangat kecil dan tidak dapat menampung makanan yang banyak. Di samping itu, mereka juga mungkin tidak puas minum kerana masih belajar untuk menghisap dengan baik. Oleh sebab itulah mereka perlu kerap menyusu.

Selain itu, alasan yang paling kerap dikaitkan dengan ‘cluster feeding’ adalah akibat growth spurt – iaitu di mana bayi sedang mengalami lonjakan pertumbuhan, atau orang kita biasa panggil ‘beralih bulan’. Dalam tempoh ini, tubuh bayi akan bertambah berat dan panjang serta ukur lilit kepalanya bertambah besar, lebih cepat berbanding kadar kebiasaannya.

Bagi ibu yang baru mula masuk kerja, bayi anda mungkin juga akan menyusu dengan kerap pada sebelah petang kerana bayi mahu ‘bermanja’ dan ‘rindu’ pada ibu!

Foto Kredit: istockphoto.com

3. Berapa Lamakah Fasa Ini Akan Berterusan?

Bergantung kepada puncanya, fasa ini mungkin akan berterusan hingga bayi berasa selesa dengan penyusuannya.

growth spurt, sumber menyatakan bahawa ia mungkin boleh berlaku selama 1-2 hari pada bayi baru lahir, atau mencecah tempoh seminggu pada bayi yang lebih besar.

Petua Nipple Crack

Foto Kredit: themominmemd.com

4. Adakah Ia Pentanda Susu Ibu Berkurang?

Apa yang ibu perlu jelas, ‘cluster feeding’ bukanlah petanda low milk supply yang ibu harus risaukan.

Dalam tempoh ini, mungkin ada ibu-ibu yang berasa teramat penat, bimbang, keliru dan mahu mencari jalan alternatif kerana menyangka bayi tidak dapat menyusu dengan puas akibat kekurangan susu. Normal bagi ibu untuk berasa pressure dan terfikir untuk memberi susu formula kepada bayi, atau mungkin juga atas desakan pasangan mahupun orang sekeliling.

Sebenarnya, ‘cluster feeding’ juga adalah salah satu cara semulajadi bagi membantu ibu memproduksikan lebih banyak susu mengikut keperluan bayi. Jika anda memberi bayi anda susu formula, maka dikhuatiri tubuh anda tidak akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jadi, selagi bayi anda membuang air besar dan kecil secara normal, tak ada apa yang perlu ibu risaukan ya!

Foto Kredit: youtube.com

5. Apa Yang Ibu Patut Lakukan?

Ada beberapa tips yang ibu boleh lakukan untuk mengatasi fasa ini dengan relaks dan tenang.

  • Tangguhkan dahulu kerja-kerja lain buat sementara waktu. Elakkan diri terasa stres dan terlampau penat.
  • Gunakan sling atau penggendong untuk memberi peluang anda melakukan kerja lain sementara menyusukan bayi.
  • Posisi menyusu yang selesa dan relaks seperti berbanring jika anda dah terlalu letih.
  • Sediakan barang-barang yang boleh anda lakukan secara santai berdekatan tempat menyusu seperti phone, majalah, buku, dan sebagainya.
  • Minta penglibatan suami untuk membantu kerja yang tergendala atau memegang bayi apabila dia tidak menangis.
  • Banyakkan minum air dan makanlah secukupnya agar anda berasa lebih bertenaga untuk menyusukan bayi.

Gunakan Peluang Untuk Bonding Dengan Bayi

Walaupun letih, cubalah gunakan peluang ini untuk berinteraksi dengan bayi. Abaikan dulu tugasan lain dan fokuskan pada bayi anda. Bermain dan berbuallah dengannya. Lagipun, tempoh ini sementara saja. Yang penting, suami juga perlu turut serta ya. Barulah ibu rasa kurang stres dan ceria!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×