Bersalin

Cara Tambah Susu Badan Dengan ‘Homemade Milkbooster’. Cuma 3 Bahan, Sedap!

1.1K
SHARES

“Tak sangka, guna 3 bahan ini saja susu badan mencurah-curah keluar. 2-3 hari ni memang risau betul susu badan makin berkurang.”

Itulah petua yang ingin dikongsikan oleh Puan Linn Amalina dengan pembaca kami yang mengalami masalah kesusutan susu badan. Tentunya setiap ibu memasang impian untuk menyusukan bayi mereka selama 2 tahun penuh, atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama.

Mari kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

Cara Buat ‘Homemade Milkbooster’ Dengan Hanya 3 Bahan. Sedap!

Linn sangat faham yang ramai ada masalah dari segi penyusuan, susu tak semeriah dan pekat macam ibu-ibu yang lain. Tapi pada masa yang sama nak berusaha juga sedaya upaya untuk bagi susu ibu sepenuhnya kepada bayi masing-masing. 

Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, eloklah amalkan homemade milkbooster yang Linn kongsikan ini ya. Mudah-mudahan cara tambah susu badan  ini dapat membantu merancakkan lagi penghasilan susu ibu dengan jayanya.

Waktu penyediaan kurang dari 15 minit saja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar halba
  • 1 gengam longan kering
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air

cara tambah susu badan

Cara-cara

Cara membuatnya sangat ringkas. Ini langkahnya.

1. Basuh

Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan.

Selepas basuh, toskan sekejap.

cara tambah susu badan

2. Rebus

Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.

Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

3. Tambahkan Gula

Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.

Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.

4. Siap!

Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.

Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!

 

Amalkan Setiap Hari

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.

 

Jangan lupa SHARE dan TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive breastfeeding pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni. Si suami pun boleh tag isteri ya tanda support!

NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.

 

*Perkongsian asal tentang cara tambah susu badan dengan homemade milkbooster ini dikongsikan oleh Puan Linn Amalina melalui Facebook. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran.

**Puan Linn Amalina juga adalah pengasas produk milkbooster Lurvellin Milky Mama. Untuk sebarang pertanyaan dan pelbagai lagi tips serta perkongsian, boleh follow Facebook peribadi beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×