Bersalin

Resepi ‘Milk Booster’ Ini Akan Meriahkan Lagi Susu Badan Anda. Cubalah!

778
SHARES

“Kenapa makin kurang susu yang diperah ni. Tak lama lagi dah nak mula bekerja. Kalau tak cukup stok, susahlah. Apa petua dan cara banyakkan susu badan yang boleh dicuba ya?”

Menyusu badan bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena cara, susu badan boleh drop secara mendadak tanpa mengira masa. Memang risau dan stres bila memikirkan anak yang menyusu. Kalau boleh, tentu setiap wanita mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, atau sekurang-kurangnya 6 bulan yang pertama.

Jika hal ini berlaku kepada ibu-ibu di luar sana, cubalah resipi air barli yang dikongsikan oleh Puan Sabrina Sarsan. Beliau sendiri mengamalkannya sebagai salah satu cara banyakkan susu badan. Mudah-mudahan, ia dapat membantu anda ‘meriahkan’ kembali air susu badan untuk si kecil yang tersayang.

Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Air Barli

Berikut adalah resepi air barli yang boleh bantu anda meriahkan lagi susu badan. Mudah saja, boleh anda buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • 1 cawan barli
  • Gula batu / madu (kuantitinya ikut selera masing-masing)
  • 1 liter air
  • Daun pandan (jika suka)

Cara-cara

1. Rebus

Pertama sekali, masukkkan semua bahan-bahan di atas dan rebus barli hingga kembang. Gunakan api perlahan saja.

Boleh gunakan apa-apa jenis barli, tak semestinya jenama yang saya tunjukkan di atas tadi.

cara banyakkan susu badan

2. Minum Setiap Hari

Bila dah cukup kembang, boleh minum 3 kali sehari untuk melihat kesannya dengan segera.

Khasiat Barli Memang Banyak!

Barli adalah sejenis bijirin yang telah diamalkan khasiatnya oleh segenap masyarakat terawal dalam peradaban dunia. Menurut Food NDTV, air barli boleh dikategorikan sebagai salah satu minuman paling berkhasiat kerana ia mengandungi sumber nutrien yang penting. Antaranya adalah fiber, vitamin, kalsium, zat besi, mangan, magnesium, zink, anti-oksidan, phytokimia, dan banyak lagi.

Ia dipercayai dapat membantu meredakan demam (menyejukkan badan), membuang toksin dari badan, membantu pencernaan, menurunkan kadar kolesterol dan gula, serta sering disyorkan untuk merawat masalah kencing kotor. Selain bertindak sebagai ‘health booster’, ia juga terkenal sebagai ‘milk booster’ semulajadi bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Dengan memilih pemakanan berkualiti seperti meminum barli, ibu-ibu dapat menghasilkan lebih banyak susu badan yang banyak dan padat dengan nutrisi baik untuk bayi.

Jangan Lupa Amalkan Juga Pemakanan Seimbang

Selain cara banyakkan susu badan dengan air barli ini, ibu-ibu jangan lupa rajinkan diri makan sayuran hijau, minum banyak air, dan ambil sumber protein yang berkualiti seperti ikan dan daging.

Cuba pastikan juga kita menyusukan bayi dengan kerap dan pam mengikut jadual yang tetap. Semoga dengan ini penghasilan susu badan akan bertambah efisyen.

 

*Cara banyakkan susu badan dengan petua air barli ini dikongsikan oleh Puan Sabrina Sarsan melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×