40 Minggu

Orang Cakap Saiz Payudara Besar Barulah Susu Badan Banyak, Betul Atau Mitos?

2
SHARES
susu badan banyak

“Payudara aku ni saiz kecil ke, katanya kalau payudara besar barulah susu badan banyak..”

Mungkin ramai dalam kalangan anda pernah terdengar ayat seperti di atas. Ramai yang menganggap bahawa mempunyai saiz payudara yang besar barulah akan menjadikan susu badan lebih banyak untuk diberikan kepada si manja. Maka, bersedihlah wanita-wanita yang mempunyai saiz payudara yang kecil kerana memikirkan kandungan susu yang mungkin sedikit dari orang lain.

Ternyata ini semua hanya mitos! Berikut merupakan penjelasan dari pakar bahawa saiz payudara tiada kaitan dengan kuantiti penghasilan susu badan.

Baca juga: Ibu Hamil Boleh Mengurut Ikut Cara Ini, TAPI Ada Bahagian Badan Yang Tak Boleh Diurut!

BETUL KE SAIZ PAYUDARA BESAR SUSU BADAN BANYAK?

Menurut satu perkongsian di laman Twitter, seorang doktor dikenali sebagai Dr.Izzat menjelaskan kepada orang ramai mengenai kandungan susu ibu hamil. Hal ini kerana, ramai yang mengatakan bahawa lebih besar saiz payudara wanita tersebut, lebih banyak kandungan susu yang dapat dihasilkan selepas bersalin. Betul ke?

susu badan banyak

“Larger breasts make more milk”

Although your breasts will likely grow larger before and during your breastfeeding journey, breast size is irrelevant when it comes to how much milk you produce. A mom with small breasts might have just as much milk supply as a mom with large breasts. Just to share, i pernah encounter this one unforgettable case in my postnatal ward.

Mak ni baru bersalin, then breastfeed her baby atas katil sambil mengiring. Beliau tertidur and her big boops ‘hempap’ baby’s face. The baby asphyxiated, cyanosed and breathless. So, having big boops may cause harm and unwanted issues in breastfeeding. Please be careful.

Berdasarkan penjelasan pakar ini, beliau pernah melalui pengalaman pesakit yang mempunyai payudara saiz besar menghempap muka bayinya dan bayi tersebut sesak pernafasan. Jadi, menurut pakar, wanita yang mempunyai payudara besar juga berisiko untuk mencetuskan insiden yang tidak dimahukan semasa menyusukan bayi.

susu badan banyak

Menurut International Milk Genomics Consortium (IMGC), kuantiti penghasilan susu ibu sebenarnya bergantung kepada BMI badan ibu tersebut dan selalunya, ibu yang obes yang akan mengeluarkan susu yang lebih sedikit. Bukan itu sahaja, penjagaan dari segi pemakanan dan gaya hidup juga mempengaruhi kuantiti penghasilan susu badan ibu dan bukanlah kerana saiz payudara.

*Jadi, wanita-wanita sekalian jangan risau kalau payudara anda saiz kecil tak macam pelakon Bollywood. Yang penting penghasilan susu badan banyak untuk anak-anak!

Sumber: Twitter @Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×