40 Minggu

Ruginya Tak Boleh Minum Ice Blended.. Betul Ke Ibu Menyusu Badan Tak Boleh Minum Air Sejuk?

9
SHARES
ibu menyusu minum ais

Bukan sahaja ibu-ibu yang sedang hamil dan berpantang mempunyai banyak pantang larang yang perlu dituruti, malah ibu yang sedang menyusu badan juga dikatakan mempunyai banyak pantang larang. Salah satu pantang larangnya juga adalah si ibu tidak dibenarkan untuk minum air ais kerana akan menyebabkan bayi batuk selesema. Tapi betul ke ibu menyusu minum ais adalah tidak bagus?

Oleh itu, terdapat dua penjelasan dari pakar iaitu Doktor Izzat dan Doktor Imelda di laman media sosial mereka sendiri. Ternyata ramai dalam kalangan ibu tersalah faham mengenai isu kesihatan ini. Rugilah tak boleh basahkan tekak dengan ice blended mango pula ketika cuaca panas bukan?

Baca juga:Baru Lepas Keguguran, Bila Waktu Sesuai Nak Hamil Balik? Mama WAJIB Tahu Ini!

IBU MENYUSU MINUM AIS BOLEH MENYEBABKAN ANAK BATUK DAN SELESEMA

ibu menyusu minum ais

Ini merupakan perkongsian dari Doktor Izzat di laman Twitternya apabila ramai yang bertanyakan mengenai isu tersebut. Rupa-rupanya semuanya AUTA!

“Ibu yang menyusu badan takboleh minum air sejuk. Nanti baby sejuk, senang sakit dan kena batuk selsema”

AUTA! Air panas atau air sejuk yang masuk ke dalam badan ibu akan berubah ikut suhu badan ibu. So takda kaitan ibu nak minum sejuk atau air panas. Susu badan melindungi baby dari pelbagai penyakit respiratori ( pernafasan ) termasuklah batuk dan selsema. Tak pernah jumpa lagi ibu minum minuman berais, susu dia jadi ice blended. Bertuah kau baby, semol-semol da rasa ice blended!

Selain itu, Doktor Imelda juga menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa air yang diminum terus oleh ibu tidak masuk ke bahagian payudara, sebaliknya ke dalam perut.

APA YANG IBU MINUM TAK TERUS MASUK KE PAYUDARA…

“Doktor Imelda, betul ke ibu yang menyusukan bayi tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti bayi dapat selsema?”

Jawapan saya: Ini ialah auta yang mengarut sungguh. Mai nak habaq. Saya nak tanya anda semua, bila anda pump atau perah susu, pernah ke susu yang keluar itu sejuk? TAK pernah kan? Selagi ibu itu masih HIDUP dan selagi manusia ialah MAMALIA BERDARAH PANAS, susu yang keluar dari payudara ibu semuanya PANAS seperti suhu darah ibu juga.

Bayi tak akan dapat susu sejuk bila menyusu direct dari payudara ibu. Hakikatnya ialah:

1) Apa yang ibu minum tak terus masuk ke dalam payudara ibu.

2) Apa yang ibu minum akan masuk ke dalam perut ibu.

3) Apa yang masuk ke dalam perut ibu akan menjadi suhu badan ibu dalam masa beberapa minit saja.

4) Dari perut, makanan dan minuman dihadamkan dulu sebelum diresap ke dalam saluran darah kecil yang mengelilingi perut dan usus ibu. Yang tak boleh hadam atau diresap, akan keluar menjadi najis.

5) Dari dalam darah ibu, toxin diproses oleh hati ibu dah buah pinggang ibu untuk dibuang. Jangan percaya kepada produk-produk membuang toxin. Berikan kredit kepada hati dan buah pinggang anda.

6) Khasiat di dalam susu yang dibuat oleh kilang susu di dalam payudara ibu, datangnya dari darah ibu yang ditapis dan diproses oleh kilang susu untuk menjadi susu.

ibu menyusu minum ais

7) Maka sebab itulah susu ibu sama panas seperti darah ibu, tiada air sejuk atau air ais kat dalam susu ibu.

8)Lagipun, penyebab selsema itu jangkitan virus laaaaa bukannya makanan atau minuman. Kena belajar sains apakah penyebab selsema. Jangan salahkan apa ibu minum atau makan naaaaa.

9) Jangkitan virus itu senang berjangkit dari anak-anak lain kepada bayi, dari bapa kepada bayi, dari pelawat kepada bayi dan dari ibu kepada bayi, melalui ciuman, melalui virus yang terlepas dari batuk-batuk atau bersin dan melalui sentuhan tangan jika tak basuh tangan sebelum sentuh muka bayi.

Jika pelawat ada selesema, jangan lah pi dekat bayi dan batuk depan bayi, cium-cium bayi dan sentuh muka bayi dengan tangan tak basuh, lepas tu pi tuduh ibu minum ayaq sejuk. Adoi laaa..

10) Jika bayi dapat selsema, apa yang terbaik untuk menyembuhkan bayi ialah melalui penyusuan ibu. Jika bayi ada selesema, ini bermakna bayi ada jangkitan virus. Virus itu terjangkit dari orang di sekeliling bayi itu yang membawa virus itu, bukan dari air sejuk atau air ais yang ibu minum. Sudah tentu ibu pun dah terjangkit virus yang sama dengan virus yang bayi ada, sebab ibu lah paling dekat dengan bayi, maka badan ibu akan membuat antibody melawan jangkitan virus yang menyebabkan selsema itu.

Antibody dari darah ibu akan masuk ke dalam susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Bayi akan mendapat perlindungan dari ibu melalui susu ibu. Insyallah. Jangan salahkan ibu dan jangan kecam ibu yang menyusukan bayi. Hakikatnya ialah ibu lah yang memberi perlindungan kepada bayi.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: Dr.Izzat, Dr.Imelda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×