40 Minggu

Lepas 3 Hari Bersalin Dah Minum Ais Coklat, Doktor Ini Kongsi Sebab Pilih ‘Pantang Moden’

21
SHARES
berpantang selepas bersalin

Umum mengetahui, wanita selepas melahirkan anak perlu menjalani proses berpantang selama 44 hari. Ketika 44 hari ini, ibu dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan tidak melakukan kerja berat. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah orang berpendapat bahawa tidak perlu berpantang selepas bersalin selama 44 hari seperti yang dikongsi oleh Dr Siti Khadijah di bawah.

Baca juga: Ini Sebab 38 Minggu Ke Atas Disyorkan Untuk Bersalin, Ketahui Juga Risiko Jika Beranak Awal!

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SELAMA 44 HARI, PERLU KE?

berpantang selepas bersalin

Bagi saya, untuk ibu lepas bersalin ada tiga perkara sahaja kena jaga iaitu:

Dari segi pemakananan saya makan semua jenis makanan yang perut ni mengidam sebab asyik lapar je bila menyusu. Nasi kalau tak tambah 2 pinggan tak sah sekarang ni.

Hanya ibu-ibu menyusu sahaja yang faham tahap kelaparan ibu menyusu ni macam mana. Yang penting makan makanan berkhasiat. Salah satu sebab saya tak pantang makan adalah nak cuba bekalkan susu yang cukup untuk si kecil.

Ayam, ikan, sayur, buah, daging, gulai, sup, masak merah, spaghetti, chicken chop dan semua jenis masakan saya makan. Cuma makanan yang saya alergik macam udang tu saya tak makanlah. Kalau makan memang cari pasal la jawabnya.

Ais? Air sejuk? Yang ni lagilah tak pantang. Hari ke 3 lepas bersalin dah order ais coklat. Jangan tanya saya tak sakit urat ke minum air sejuk sebab itu semua mitos. Ais bila masuk dalam tekak ia bertukar jadi macam suhu badan kita juga.

Kenapa tak berpantang? Sebab saya tak boleh hadkan makanan saya. Kalau asyik makan ikan panggang, sup ayam setiap hari nanti saya akan stres.

berpantang selepas bersalin

Bila stres mulalah sakit badan dan mood tak stabil. Bila kita happy dan enjoy dengan apa yang kita makan baru badan rasa segar dan ceria. Betul tak?

Hormon perempuan lain sikit selepas bersalin. Mengikut kajian, ibu selepas bersalin lebih senang mendapat kemurungan kerana perubahan hormon. 

Rehat dan tidur kena cukup. Waktu ini lah pentingnya sokongan dari ahli keluarga terdekat untuk membantu ibu bersalin mengurus keperluan diri dan bayi yang baru lahir.

Si suami kenalah bantu isteri, gilir-gilir jaga baby, tukar lampin dan sebagainya. Barulah isteri boleh tidur dan rehat dengan cukup. Badan pun cepat pulih semula.

Walau bagaimanapun, terpulang kepada diri masing-masing mahu berpantang secara tradisional atau moden. Tiada paksaan.

Sumber: Facebook Dr Siti Khadijah Zainal Abidin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×