40 Minggu

Ibu Perlukan Amalan Berpantang Yang Tenang, Ini Apa Yang Boleh & Tak Boleh Buat

11
SHARES
berpantang selepas bersalin

Selesai sahaja melahirkan anak dengan selamat, para ibu perlu pula melalui proses berpantang selama 3 bulan atau 42 hari. Dalam tempoh berpantang ini, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan khususnya dari segi pemakanan harian. Jadi, amalan berpantang selepas bersalin ini perlu dipantau rapi supaya tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan kesihatan.

Sudah pasti, emosi dan ketenangan si ibu ketika melalui proses berpantang ini juga penting. Ada yang memilih untuk pulang berpantang di kampung dan ada juga yang mengambil servis pusat urutan dan berpantang untuk datang ke rumah. Walaupun ada pengawasan dari orang luar, ibu-ibu tetap kena tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpantang.

Baca juga: 7 Buah Penambah Darah Untuk Ibu Hamil, Kena Makan Selalu Untuk Elak Pengsan..

DO’s & DONT’s – Amalan Berpantang Selepas Bersalin

berpantang selepas bersalin

Ibu yang baru melahirkan anak perlu dilayan dengan lebih baik, dibelai dan dimanjakan.. BUKAN “didera” dengan pelbagai larangan. Perkara ini mudah sebenarnya;

1. Amalan yang baik dan tiada masalah untuk diamalkan, BOLEH diamalkan dengan PILIHAN & PERSETUJUAN ibu.
2. Amalan yang boleh mendatangkan kemudaratan, mungkin lebih baik ditinggalkan.
3. Amalan yang TIADA significant dari segi bahaya dan kebaikan.. – itu terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.

Gaya hidup sihat, pemakanan berkhasiat adalah sepanjang hayat,tidak terhad pada waktu tertentu. Dalam apa jua amalan, keselamatan, kesihatan dan keselesaan ibu perlulah diutamakan.

TIDAK DIGALAKKAN

1.Tidak banyak bergerak

Risiko darah membeku

2.Pengambilan Jamu

-Jamu boleh dirembes keluar menerusi susu bu akibatkan risiko jaundice pada bayi

3.Kurang Minum Air

-Kurang air akibatkan tubuh lesu, luka lambat sembuh, penghasilan air susu kurang.

4. Larangan Pemakanan

-Akibatkan ibu kurang nutrient, lesu, kurang susu ibu, stress dan risiko kemurungan

5. Tekanan Pada Ibu

Elakkan memaksa, menekan dan mengugut ibu dengan pelbagai kesan komplikasi jika tidak selesa untuk mengikut amalan berpantang.

TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN

– Urutan badan
– Pengambilan makanan yang berkhasiat
– Makan sayuran dan ulaman
– Makan sup ikan

TIADA LARANGAN ATAU GALAKAN

– Jangan lalu dibawah ampaian
– Mengikat rambut
– Memakai stokin
– Memakai bedak sejuk
– Larangan makanan pedas & berminyak

IBU BERPANTANG PERLU KETENANGAN MINDA..

berpantang selepas bersalin

Pada zaman serba moden ini, berpantang bukan sahaja boleh dilakukan di rumah sahaja. Hal ini kerana sudah wujudnya servis-servis yang menawarkan khidmat penjagaan pakej berpantang sama ada mereka datang ke rumah bahkan ada yang menawarkan tempat tinggal seperti hotel!

Salah satu pusat penjagaan ibu berpantang yang disebut ramai adalah Narqes Wellness & Confinement Centre yang kini membuka cawangan terbaharu di Kuala Lumpur. Pusat itu mengadakan satu forum bagi membincangkan secara intelek kepentingan penjagaan mental dan fizikal ibu selepas melahirkan anak di pusat penjagaan ibu berpantang.

Menerusi forum bertajuk Ketenangan Minda Ibu Berpantang: Pusat Jagaan Sebagai Pemulihan Mental dan Fizikal, tiga panel yang mempunyai kepakaran masing-masing iaitu Pengarah Narqes Wellness Sdn Bhd, Datin Narqes Mohd Raimi, Pakar Obstetrik/Ginekologi (O&G), Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar dan Psikologi Klinikal, Khairul Azhar Idris mengupas topik berkenaan.

Narqes Confinement Centre menyediakan persekitaran serta rutin harian yang lebih tersusun dan teratur. Jadi ibu boleh berehat dengan lebih tenang dan selesa. Jika di rumah, tanggungjawab untuk kerja rumah biasanya dibantu oleh ahli keluarga atau pembantu rumah. Manakala di pusat jagaan profesional seperti Narqes Confinement Centre servis yang disediakan dapat meringankan beban tugasan harian seperti mambasuh baju, mengemas rumah dan memasak.

berpantang selepas bersalin

berpantang selepas bersalin

Di sini juga makanan berkhasiat disediakan 6 kali sehari, salinan pakaian bersih serta bilik tidur dikemas setiap hari. Servis pengawasan bayi 24 jam juga disediakan yang menjadi sebab utama ibu memilih untuk duduk di Narqes Confinement Center. Dengan ini, ibu boleh fokus kepada diri sendiri dan bayi di samping berada di persekitaran yang lebih tenang.

Narqes Wellness Confinement Centre mula beroperasi sejak Jun 2023 yang kini sudah menerima hampir 10 pelanggan. Pusat jagaan itu yang berkeluasan 6,000 kaki persegi mampu menampung kapasiti sehingga tujuh orang ibu berpantang pada satu masa.

Buat ibu-ibu yang sedang dalam perancangan untuk mencari servis berpantang, inilah solusinya..

Baca juga: Cara Selamat Melahirkan Bayi Yang Meninggal Dalam Kandungan, Elak Komplikasi

Sumber: Narqes Confinement & Confinement Centre, Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×