40 Minggu

7 Buah Penambah Darah Untuk Ibu Hamil, Kena Makan Selalu Untuk Elak Pengsan..

11
SHARES
buah tambah darah

“Puan alami kekurangan darah, jadi boleh makan buah tambah darah untuk kembalikan zat” kata pakar..

Buat wanita yang sedang hamil, menjaga pemakanan bagi menstabilkan tahap darah adalah amat penting supaya bayi dalam kandungan pun sihat. Bukan sahaja dari segi ubat-ubatan dan makanan berat, pengambilan buah-buahan yang tertentu semasa hamil pun dapat membantu menyihatkan badan dan tambah zat-zat dalam darah ibu hamil.

Baca juga: 5 Tugas Hakiki Si Suami Apabila Isteri Dalam Pantang, Jangan ‘Selesa’ Lepas Ke Mak Mentua!

7 BUAH TAMBAH DARAH UNTUK IBU HAMIL, KENA MAKAN!

buah tambah darah

Berikut merupakan antara 7 jenis buah yang boleh diamalkan semasa hamil bagi menambah kandungan darah dalam badan.

1.Kurma

Kekurangan darah selalunya berkait rapat dengan keperluan zat besi yang tidak terpenuhi. Jadi, sudah semestinya buah kurma yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW ini ternyata mampu memenuhi keperluan zat besi yang kurang. Hal ini kerana, 100 gram kurma mengandungi sekitar 4.79 mg zat besi.

2.Aprikot

Buah aprikot oren kekuningan ini mempunyai rasa manis yang sangat menyegarkan. Untuk pengetahuan anda, 100 gram aprikot mengandungi sekitar 2.7 mg zat besi yang cukup untuk memenuhi keperluan zat besi harian bagi mengelakkan masalah anemia. Selain itu, aprikot juga berperanan dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

3.Delima

Bukan sahaja untuk mencantikkan kulit malah buah delima dipercayai dapat meningkatkan hemoglobin ibu hamil di samping menyihatkan badan kerana ia mengandungi pelbagai vitamin yang baik. Kandungan vitamin di dalamnya termasuk vitamin A, vitamin C dan vitamin E serta asid folik berupaya untuk mencegah kecacatan pada janin.

4.Tembikai

Tembikai adalah sejenis buah yang banyak mengandungi banyak air dan sangat menyegarkan untuk dimakan terutama bagi ibu hamil yang sering berasa panas. Selain menyegarkan badan, tembikai juga mengandungi zat besi untuk mencegah anemia.

5.Strawberi

Strawberi mempunyai tahap antioksida yang tinggi untuk membantu penghasilan sel darah merah dalam badan, justeru strawberi dianggap sebagai buah penambah darah bagi ibu hamil. Antioksidan yang terkandung dalam strawberi juga berguna untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

6.Pisang

Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah. Pisang juga merupakan sumber asid folik yang baik, yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.

7.Buah beri

Bukan sahaja enak malah buah blueberry atau buah beri mengandungi flavonoid yang membantu meluaskan arteri darah, mengurangkan pembentukan plak dan membantu meningkatkan aliran darah. Anda kena ingat bahawa semasa mengandung, keperluan zat besi wanita hamil meningkat dengan usia kehamilan. Ia mengambil kira-kira 20 hingga 48 mg zat besi setiap hari untuk mencegah anemia pada wanita hamil.

buah tambah darah

*Bukan sahaja sedap-sedap malah menyihatkan badan ya!

Baca juga: 7 Perkara Penting Mommy Mommy Kena Buat Sebelum Masuk Labour Room Bersalin!

Sumber: Popmama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×