40 Minggu

Top 7 Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung Yang Bukan Main Sedap

7.3K
reads
makanan ibu mengandung

“Ish, selama ini aku main ‘bedal’ saja apa-apa yang terhidang di depan mata. Sejak dah mengandung ni, kena lah jaga pemakanan. Apa ya makanan ibu mengandung yang paling baik?”

Sebaik saja anda disahkan mengandung, anda tentu akan lebih mengambil berat tentang semua yang anda makan.

Ini kerana nutrisi yang diambil akan menjadi makanan bayi dalam kandungan juga. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

makanan ibu mengandung

Perlukah Ibu Mengandung Mengambil Makanan Tambahan?

“Kan kena makan untuk 2 orang, makanlah lebih sedikit.”

Selain itu, mungkin ada juga nasihat-nasihat daripada teman yang menganjurkan untuk anda makan lebih daripada keperluan.

Sebenarnya, hal ini tidaklah begitu tepat, kerana anda hanya memerlukan lebihan 300 kalori hanya pada trimester kedua dan lebihan 500 kalori pada trimester ketiga.

Apapun, ia turut bergantung kepada berat badan semasa anda. Jika anda lebih berat badan, doktor mungkin akan menasihatkan untuk anda kurangkan makan.

Dan sebaliknya pula jika anda kurang berat atau mengandungkan anak kembar. Anda juga disarankan untuk mengambil asid folik dan vitamin untuk mencukupkan keperluan.

Faktor pemakanan ini penting bagi mengelakkan risiko kencing manis semasa hamil dan darah tinggi.

Foto Kredit: weziwezi.com

Foto Kredit: weziwezi.com

7 Makanan Ibu Mengandung & Bayi Dalam Kandungan Yang Terbaik

1. Kurma

Buah kurma mengandungi seribu satu khasiat untuk ibu mengandung. Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan dipercayai membantu menguatkan ingatan bayi.

Kurma bersifat anti-kanser dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.

Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kalau ada yang tak boleh makan kurma begitu saja, kami syorkan buat jus atau aiskrim. Lagi bagus, jadikan ia pemanis semulajadi dalam minuman atau masakan.

Secara automatiknya, anda juga akan mengurangkan konsumsi gula dalam diet harian!

makan kurma

Foto Kredit: stayfitandfine.com

2. Kekacang & Biji-bijian

Setiap wanita memerlukan memerlukan lebihan 10 gram protein setiap hari untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Makanan ibu mengandung yang berprotein tinggi adalah kekacang seperti badam dan walnut, bijirin seperti oat, serta biji-bijian seperti biji bunga matahari, flax seed, atau chia seed.

Makanan daripada sumber kekacang dan bijian ini mempunyai kandungan fiber serta folate yang tinggi.

Tambahkan makanan ini dalam makanan anda seperti pancake, muffin, biskut, dan dalam masakan seperti salad.

Jadikan ia sebagai kudapan dan snek sihat setiap kali antara waktu makan. Barulah sihat!

makanan ibu mengandung

Foto Kredit: lentils.ca

3. Brokoli

Brokoli sangat sesuai untuk sebagai makanan ibu mengandung kerana kandungan kalsium, folate, serat, dan antioksidan yang tinggi dalam setiap hidangan.

Bukan itu saja, ia mengandungi kandungan vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi.

Oleh itu, makanlah bersama nasi perang atau pasta untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

4. Susu Segar

Badan anda menyerap 2 kali ganda kalsium apabila anda hamil.

Oleh itu, kalsium amatlah diperlukan dalam senarai makanan ibu mengandung.

Susu tanpa lemak adalah pilihan susu yang terbaik. Setiap gelas mengandungi 30% daripada keperluan harian anda.

Kalau rasa tak boleh telan susu, buatlah milkshake atau smoothies dengan campuran buah-buahan.

Jika anda alah terhadap susu, bolehlah memilih yogurt asli sebagai alternatif.

susu lembu atau susu kambing

Foto Kredit: mombaby.tw

5. Pisang

Pisang kaya dengan postassium dan mampu memberi tenaga secepat mungkin kepada tubuh ibu mengandung.

Ia juga sesuai dimakan oleh ibu mengandung yang mengalami alahan atau ‘morning sickness’.

Hiriskan pisang segar ke dalam oat untuk sarapan pagi, atau masukkannya ke dalam salad buah-buahan sebagai snek yang amat berkhasiat.

Tapi, pisang goreng tak elok ya sebab berminyak & berkolesterol!

anak kurang makan

Foto Kredit: cdkitchen.com

6. Daging Tanpa Lemak

“Jika anda tidak mempunyai simpanan zat besi dalam badan, anda akan mudah berasa letih,” ujar Jo Ann Hattner, seorang dietitian di California.

Daging ayam atau lembu tanpa lemak adalah sumber protein dan zat besi yang sangat penting untuk tubuh badan.

Jika anda makan ayam, elakkan memakan kulitnya kerana bahagian tersebut mengandungi kolesterol yang tinggi.

7. Mangga

Jika anda kurang suka dengan sayuran, jangan risau.

Kajian menunjukkan buah mangga mengandungi lebih banyak vitamin C daripada daun salad.

Ia boleh dijadikan ‘smoothies’, kerabu, lauk-pauk, atau dimakan begitu sahaja.

Selain sumber vitamin, mangga juga mempunyai kandungan magnesium yang membantu mengurangkan masalah kekejangan atau ‘cramp’.

mangga makanan ibu mengandung

Jangan Lupa Minum Banyak Air!

Di samping mengamalkan makanan ibu mengandung seperti di atas, jangan lupa banyakkan minum air. Ini kerana air kosong dapat memainkan peranan penting dalam membina sel-sel tubuh bayi, menjadikan sistem pencernaan lebih efisyen serta mengeluarkan toksin daripada badan.

Masalah dehidrasi tidak harus dipandang ringan kerana ia mampu menyebabkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

Banyak lagi makanan yang bagus untuk dimakan oleh wanita hamil.

Yang penting, cubalah banyakkan sumber zat besi dan vitamin C daripada sumber semulajadi.

 

Yang Popular

To Top