40 Minggu

Apa Bahaya Ibu Mengandung Yang Kurang Darah Semasa Hamil?

14
SHARES
Kurang Darah Semasa Hamil

Jangan ambil ringan jika anda seorang yang kurang darah ketika hamil. Anemia sangat merbahaya. Penyakit ini banyak terjadi akibat ibu mengandung yang mengabaikan tentang zat pemakanan yang penting seperti zat besi, asid folik dan protein.

Yang selalu kita dengar, popular di kalangan ibu hamil ialah kurang darah disebabkan kekurangan zat besi. Gejala-gejala anemia ketika hamil tidak akan menampakkan muka pucat. Jangan ingat muka tidak pucat, anda tidak kurang darah pula.

Kenapa kurang darah semasa hamil?

Banyak sebab yang menyebabkan kurang darah semasa hamil. Antaranya ialah:

  • Tidak mengambil zat pemakanan yang penting tadi, iaitu zat besi, asid folik dan protein
  • Sering muntah-muntah, menyebabkan tidak dapat memakan zat pemakanan zat besi, asid folik dan protein
  • Kurang vitamin C dalam badan
  • Kurang asid perut yang menyebabkan kesukaran menyerap unsur besi
  • Pendarahan yang terlalu kerap

Apa bahaya bila kurang darah semasa hamil?

  • Boleh menyebabkan keguguran
  • Boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan disebabkan kurang kandungan oksigen dalam darah
  • Preeclampsia iaitu satu komplikasi kehamilan dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ yang lain, selalunya buah pinggang
  • Pendarahan teruk selepas bersalin
  • Demam nifas

Sekiranya bakal ibu dikesan sedari awal, mengalami kurang darah semasa hamil, jangan abaikan perkara ini. Mula titik beratkan pemakanan yang berkhasia. Dapatkan vitamin dan suplemen yang secukupnya seperti (Maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia):

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu kurang darah semasa hamil yang mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran. Ibu mengandung yang kurang darah semasa hamil boleh beli dan simpan stok makanan terbaik ini di rumah

Elakkan makanan yang dilarang untuk ibu hamil. Jika kurang darah semasa hamil dikesan saat-saat hampir bersalin, boleh dapatkan suntikan zat besi atau ubat titis.

Nasihat kami

Apa-apapun, ini sekadar perkongsian sahaja. Disarankan agar ibu mengandung yang kurang darah semasa hamil supaya dapatkan nasihat daripada yang pakar. Lain orang, lain ceritanya. Hanya doktor yang dapat memberi konsultasi lebih tepat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×