Berikut adalah perkongsian daripada post FB Puan Lynn Sallehin tentang cara buat popcorn yang sangat mudah, tanpa perlu menggunakan mesin!
Semlm Lynn ada janji nak tunjukkan cara buat popcorn. Alahhh, tak payah susah-susah ya kakak-kakak, adik-adik yg duduk rumah. Pakai kuali je dah boleh. Tak meletup-meletuplah satu dapur. Hahaha.. Kali ini Lynn pilih warna hijau untk proses popcorn, macam Lynn buat di bawah. Siap boleh cari duit jajan lagi. Disini Lynn dah sertakan cara bergambar serta bahan-bahannya. Diharap dapat membantu anda yg berminat makan dan membuat popcorn sendiri. Terima kasih.
Cara Buat Popcorn Sendiri Di Rumah. Tak Payah Mesin, Pakai Kuali!
Berikut dikongsikan cara buat popcorn yang tersangat ‘simple’.
Cuma 4 bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Jagung kering dalam paket
- Minyak masak
- Marjerin
- Pewarna (optional)
Cara Buat Popcorn: Langkah Demi Langkah
1. Sukat jagung & minyak masak
Keluarkan jagung. Inilah jagung kering yang boleh dibeli di pasaraya. Kali ini Puan Lynn beli di Tesco Bandar Seri Alam.
Oh ya, tak perlu basuh. Kalau nak basuh, perlu sangai atas kuali sampai betul-betul kering supaya tak lemau.
Sukatan untuk 1 kuali ialah lebih kurang setengah cawan jagung kering dan setengah cawan minyak masak.
2. Masakkan dalam kuali
Tuangkan minyak dan jagung tadi kedlm kuali.
Gunakan api kecil saja.
3. Tutup kuali
Kalau Lynn senang pakai dulang besar je. Habis cerita.. Kihkihkih..
Biarkan beberapa minit, bermulalah bertih jagung meletup-letup.
Jangan dibuka penutup kuali tu. Nanti melenting keluar pula.
Tunggu sampai senyap baru tutup api.
4. Pindahkan popcorn ke dalam bekas
Inilah hasilnya selepas semua jagung mengembang dan meletup-letup.
Tuangkan hasil pop corn tadi ke dalam bekas sebab lepas ini kita akan membuat gulanya.
Kalau nak buat banyak, ulang lagi proses yg sama dengan kuali yang sama sampai cukuplah banyak mana yang anda suka.
5. Membuat gula popcorn
Untuk membuat gula popcorn atau siranya, gunakan kuali yang kering daripada sebarang air. Buka api yang kecil saja.
Tuangkan 1 setengah cawan gula. Sebenarnya nak gunakan gula perang atau gula melaka pun boleh.
Nak tambahkan sedikit garam pun tiada masalah, terpulanglah pada citarasa anda.
Kemudian, kacaukan gulanya selalu sampai cair. Jangan ditinggal-tinggal pula, takut berketul dan hangus.
Kacau gula sampai cair dan rata seperti dalam gambar di bawah.
6. Tambahkan marjerin & pewarna
Sediakan 2 sudu majerin dan 1 sudu serbuk perwarna.
Macam dalam gambar di bawah ini, Puan Lynn guna pewarna jenis serbuk ya, bukan cecair.
Kalau tak mahu guna pewarna pun boleh.
Tambahkan marjerin dan pewarna ke dalam gula yang telah cair tadi.
Ingat, gunakan api kecil saja macam tadi ya.
7. Masukkan popcorn
Apabila gula, marjerin, dan pewarna dah rata, boleh te
Sira sampai rata.
Jangan matikan api yang kecil tadi.
Nanti dah siap baru tutup api ya.
8. Siap!
Beginilah hasilnya.
Puan Lynn bungkuskan kecil-kecil dalam paket untuk jualan.
Anda bolehlah simpankan dalam bekas kedap udara untuk kudapan nanti.
Tambah sentuhan ikut kreativiti sendiri
Mudah saja cara buat popcorn di rumah sebenarnya.
Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Boleh makan panas-panas. Puas hati!
Bagi yang diet, boleh kurangkan gula yang digunakan atau guna gula perang.
Kalau dah ‘pass’ buat yang ini, bolehlah tukar perasa-perasa lain yang anda suka contohnya popcorn ‘cinnamon’ atau coklat.
Nak buat berniaga macam Puan Lynn pun boleh. Dapat juga tambah duit poket.