Dapur

Resepi Biskut Jejari Coklat Super Simple, Cuma Guna Roti. Rangup!

25.6K
reads

Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Huda Tarmizi yang sudi berkongsi resepi biskut jejari coklat yang ‘super simple’ ini menerusi post FB beliau.

Menariknya, resepi ini sebenarnya biasa dibuat untuk anak kecilnya untuk dibawa ke taska dan dimakan bersama kawan-kawan. Tapi, biskut ini juga boleh dijadikan sebagai kudapan paling enak dan rangup menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Lagi satu, dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM12, ia adalah resepi yang mudah, cepat, jimat dan sedap. Tak perlu menguli tepung dan mengemas dapur.

Sesuai sangat untuk anda yang sangat ‘rajin’, kan?

resepi biskut jejari coklat roti

Resepi Biskut Jejari Coklat Super Simple, Cuma Guna Roti!

Mari kita tengok apa bahan yang diperlukan dan langkah membuat biskut roti jejari coklat ini.

Bahan-Bahan

  • Susu cair 1 tin (RM3 – Guna separuh saja)
  • Coklat masakan (RM3 – Guna 2 Bar sahaja)
  • ‘Bread Crumbs’ (RM3) (Suku je guna)
  • Roti 1 buku (RM3) (Lupa snap pic)

resepi biskut jejari

 

Resepi Biskut Jejari Coklat: Langkah Demi Langkah

1. Potong roti

Potongkan roti panjang-panjang seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, susun rapat-rapat macam dalam loyang.

Jangan campak-campak ya, takut nanti ada yang tak masak sepenuhnya.

resepi biskut jejari 1

2. Bakar roti dalam ‘oven’

Roti yang dipotong tadi dibakar dengan suhu 150 darjah. Guna api atas bawah. Masa 20minit.

Puan Huda menggunakan ‘oven’ Cornell. Kalau ‘oven’ tak sama, jangan lupa ‘check’ takut hangit pula.

resepi biskut jejari 4

3. Cairkan coklat

Puan Huda hanya menggunakan 2 bar coklat sahaja.

Cairkan coklat ini secara ‘double boil’. (Maksudnya, panaskan air dulu dalam bekas. Apabila menggelegak, bubuh bekas lain di atasnya dan baru letak kepingan bar coklat.)

Boleh rujuk seperti gambar di bawah ini.

resepi biskut jejari 2

4. Masukkan susu cair

Masukkan sekali susu cair ke dalam coklat yang telah cair dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.

Kemudian rasa kemanisannya ikut citarasa anda. Puan Huda gunakan separuh tin saja.

resepi biskut jejari 3

5. Celup coklat & salutkan ‘bread crumbs’

Celup roti dalam coklat yang telah dicairkan sebentar tadi. Masukkan dalam 5 roti je pastu salut guna bread crumbs.

Oh ya, ‘bread crumbs’ jangan letak sekali banyak dalam pinggan yang nak disalut. Takut nanti kena coklat yang menitik.

Kalau dah comot, ia sukar melekat pada roti tersebut.

Kalau tak jumpa ‘bread crumbs’, nak guna nestum atau kacang almond yang dicincang halus pun boleh.

resepi biskut jejari 5

6. Bakar semula dalam ‘oven’

Susun kemas macam ini. Kemudian, bakar semula dalam ‘oven’ dengan suhu 150 darjah.

Gunakan api atas bawah pastu selama 20 minit.

resepi biskut jejari 6

7. Siap!

Tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara ya. Jika disimpan dalam bekas kedap udara semasa masih panas, dikhuatiri akan hilang kerangupannya.

Barulah boleh dengar ‘krup krap’ bunyinya!

resepi biskut jejari 7

Mudahnya!

Wah mudah, bukan? Insha Allah, sesiapa saja boleh membuatnya. Yang penting, bakar roti hingga betul-betul garing.

Anda juga boleh mengubahsuai mengikut kreativiti anda sendiri, nak bentuk lain, atau nak guna coklat apa, atau disalutkan dengan bahan lain.

Terpulang pada selera masing-masing ya.

Rugilah kalau tak mencuba resepi biskut roti jejari coklat yang tersangat mudah ini!

Yang Popular

To Top