40 Minggu

Kalau Mengidam 8 Jenis Makanan Ini, Ia Petanda Kekurangan Zat

1.6K
reads
mengidam

“Eeee…. Teringinnya nak makan coklat. Asyik terfikir nak makan coklat je sampai tak dapat tumpukan perhatian masa ‘meeting’ tadi… Nak kata mengandung, tak juga… Hehe.”

Tahu tak? Mengidam makanan ini bukan saja dikaitkan dengan orang mengandung. Malah, manusia normal pun boleh melahirkan rasa begini. Walaupun tabiat ini lebih sinonim dengan wanita, yang lelaki pun boleh mengidam juga.

Contohnya, anda bersusah payah memandu selama satu hingga dua jam untuk mendapatkan ikan pari asam pedas. Atau, anda boleh meninggalkan kerja yang utama semata-mata untuk mendapatkan secawan kopi kegemaran anda terlebih dahulu. Haa… Inilah simptom mengidam. Jangan tak mengaku ya!

mengidam makanan

Foto Kredit: telegraph.co.uk

Adakah Anda Mengidam Atau Kekurangan Zat Tertentu?

Rasa mengidam atau ‘teringin’ makan makanan tertentu sebenarnya adalah salah satu cara tubuh badan anda berkomunikasi untuk memberitahu keperluan terhadap zat tertentu.

Selain itu, mengidam juga dikaitkan dengan emosi seseorang terhadap makanan. Contohnya, kalau kerap rasa ‘teringin’ nak makan coklat, kemungkinan besar itu bukanlah mengidam, sebaliknya tubuh badan anda cuba mengisyaratkan sesuatu.

Jadi, cuba fahami maksud-maksud apabila anda rasa teringin makan makanan seperti di bawah:

1. Coklat

Coklat memang pengubat nombor satu wanita. Cakap sajalah, coklat jenis apa pun semua boleh. Kalau tengah ‘moody’, bagi sajalah coklat pada wanita. Tentu akan beransur-ansur pulih dramanya.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Magnesium

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Kekacang dan biji-bijian seperti kuaci, kacang badam, pistachio, dan buah-buahan segar.

2. Gula-gula

 

Bukan budak-budak saja. Orang dewasa pun kadang-kadang teringin nak makan ‘jelly beans’, ‘lollipop’, dan gula-gula tarik.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Kromium, karbon, fosforus, sulfur

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Brokoli, anggur, keju, ikan, telur, susu, bayam, kentang, dan kekacang.

3. Donat

wanita mengidam

Foto Kredit: albertsons.com

 

Donat gebu dan lembut. Memang sedap dimakan panas-panas…. Aduuh, kalau cair dalam mulut lagi terbaik! Lebih-lebih lagi kalau dinikmati dengan secawan kopi atau teh. Ada yang suka kuih keria, itu pun kira sama spesis jugalah.

Sedap memang sedap, tapi kalorinya memang jenuh hendak dibakar semula.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Nitrogen

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Makanan berprotein tinggi seperti daging, telur, susu, dan sayuran hijau.

4. Kerepek Kentang

mengidam

Foto Kredit: partyexcuses.com

 

Sebut saja kerepek, mesti ramai yang minat. Tidak kiralah kerepek kentang, kerepek pisang, kerepek ubi, atau makanan bergoreng.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Kalsium dan klorida

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Brokoli, keju, bijan, susu kambing, ikan. Kalau anda boleh buat kerepek kentang sendiri, lebih baik! Dengan cara ini, anda boleh mengawal penggunaan garam dan minyak berlebihan.

Kalau sukakan makanan masin, pastikan anda menggunakan sumber garam asli atau organik. Teksturnya lebih kasar dan tidak diproses berulangkali.

5. Kopi Atau Teh

Tidak salah kalau teringin kopi atau teh. Namun, anda tidak dinasihatkan mengambil lebih dari 2 cawan kopi sehari. Pastikan juga ianya tidak terlalu manis.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Fosforus, sulfur, natrium klorida (garam), zat besi

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Daging, ayam, ikan, telur kuning, hati, tauhu, tempe, kacang, bawang putih, cuka epal, rumpai laut,  sayuran hijau, ceri hitam.

6. Ais Dan Minuman Bergas

mengidam makanan tidak sihat

Foto Kredit: popsugar.com

Dalam keadaan panas begini, memang ramai yang sukakan minuman sejuk. Tapi, minuman bergas atau berkarbonat adalah pilihan yang kurang sihat.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Zat besi, mangan, dan kalsium

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Jus nenas, jus delima, danair sejuk yang diperah limau nipis atau lemon. Sebagai snek, anda boleh mengambil sumber kekacang seperti ‘almond’, ‘walnut’, dan ‘pecan’. 

7. Sate

Sate, barbeku, atau apa saja yang dipanggang atau dibakar atas arang.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Karbon

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Sebarang buah-buahan segar.

8. Makan Berlebihan

Selain makanan di atas ini, mungkin ada di antara kita yang pernah rasa nak ‘baham’ semua yang ada di depan mata.

Sebenarnya Tubuh Anda Kekurangan: Silikon, tyrosine, dan trytophan

Makanan Yang Sepatutnya Diambil: Kuaci, daging kambing, kismis, bayam, suplemen vitamin C, buah oren, dan sebarang sayuran atau buah-buahan berwarna merah.

Buat Pilihan Sihat Walaupun Mengidam

Memang macam-macam makanan yang dikaitkan dengan mengidam. Kadang-kadang yang pelik-pelik pun ada!

Jadi, kita harus menyedari akan keperluan yang diisyaratkan oleh tubuh badan dalam membantu memilih makanan yang sihat, sekaligus membantu mengatasi rasa ‘teringin’ yang melampau.

Yang Popular

To Top