40 Minggu

Tips Makanan Semasa Hamil. Ibu Mengandung Kena Diet!

5.2K
reads
Makanan semasa hamil

Makanan Semasa Hamil

Akhirnya anda telah disahkan mengandung. Tetapi tahukah anda, inilah waktunya anda berikan lebih perhatian kepada diet dan pemakanan anda? Sudah tentu anda mahu melahirkan seorang bayi yang sihat bukan?

Sebenarnya, kita boleh mengkategorikan makanan kepada beberapa jenis seperti:

  1. Daging, Ayam dan Makanan Laut
  2. Telur dan Tenusu
  3. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
  4. Lain-Lain Makanan

Kita tidak membincangkan mengenai piramid makanan pada kali ini, tetapi lebih kepada apa makanan yang boleh diambil dan apa yang tidak sepatutnya diambil. Jika mahu informasi itu, rujuk panduan ini. Perlu diingatkan, makanan ketika mengandung, bukan boleh diambil secara sembarangan.

1. Daging, Ayam dan Makanan Laut

Makanan ketika hamil

Sesekali, makan makanan yang sedap. Minta suami belanja!

Untuk kategori pertama, elakkan daripada memakan daging atau ayam yang diproses. Semasa hamil, jauhkan daripada memakan sosej, nuget atau burger. Walaupun nampak sedap dan anda sering mengambilnya sebelum hamil, tetapi seeloknya elakkan makanan yang telah diproses tersebut. Ayam atau daging mentah juga harus dielakkan kerana terdapat pelbagai bakteria di dalamnya. Jika anda gemar makanan Jepun terutamanya sushi, sila elakkan memakan yang mentah. Jika tidak, boleh muntah semula! Jadi, elakkan makanan semasa hamil yang tidak dimasak sepenuhnya.

Seeloknya anda memasak semua jenis daging, ayam dan makanan laut anda secukupnya. Pastikan ayam dimasak dengan lengkap sekurang-kurangnya 74°Celcius dan makan ketika ianya masih panas. Lebihan tadi boleh disimpan di dalam peti ais dan panaskannya semula sehingga 60°Celcius dan habiskannya dalam masa sehari.

2. Telur & Tenusu

Makanan untuk ibu mengandung

Makanan untuk ibu mengandung yang baik ialah telur dan susu. Sedapnya buat sarapan pagi!

Bagi kategori telur dan tenusu pula, anda digalakkan untuk memakan telur yang sudah dimasak sepenuhnya dan bukan separuh masak atau mentah. Elakkan daripada memakan telur yang biasanya digunakan untuk adunan kek kerana ia tidak dimasak sepenuhnya.

Untuk peminat keju pula, sila pastikan anda hanya memakan keju yang telah keras, seperti kepingan keju dan cheddar. Keju lembut seperti yang digunakan dalam masakan seperti brie dan ricotta harus dijauhkan sama sekali. Mungkin juga makanan semasa hamil ini tidak sesuai dengan tekak orang Malaysia. Tidak mengapa, boleh makan makanan yang lain.

Masa yang terbaik untuk minum susu adalah sewaktu anda hamil. Badan anda sesungguhnya memerlukan kalsium dan zat besi yang banyak untuk membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Minumlah susu segar atau yang telah dipasteurkan seperti susu yang dipasteurkan dan yogurt.

3. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Makanan untuk ibu hamil

Ibu hamil kena makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Nampak sangat segar!

Walaupun anda tidak suka makan sayur-sayuran atau buah-buahan, lakukanlah demi bayi anda. Makanan semasa hamil bukan untuk ibu sahaja, ia juga untuk bayi dalam kandungan.

Lebih baik anda sediakan dan masuk sendiri sayur-sayuran kegemaran anda kerana ia perlu dibasuh dengan sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Begitu juga halnya dengan buah-buahan; pastikan ianya dibasuh dengan bersih sebelum anda memakannya. Sejenis sayuran yang perlu dielakkan adalah taugeh dan sayuran lain yang berpucuk seperti lobak, kacang hijau dan bunga matahari.

4. Lain-Lain Makanan

Akhir sekali, untuk makanan semasa hamil dan segala jenis makanan yang lain; sebarang lebihan makanan yang anda simpan di dalam peti ais, sila pastikan anda memanaskannya terlebih dahulu dan menghabiskannya dalam masa sehari.

Elakkan dari menyimpan dan memasaknya beberapa kali, kerana ia tidak elok untuk anda. Bagi makanan dalam tin pula, sila periksa tarikh luput dan lebihannya disimpan dengan elok. Barangan berasaskan soya seperti tauhu, susu soya dan yoghurt soya adalah digalakkan selagi tarikh luputnya diberi perhatian.

Ada juga yang mencadangkan makanan ibu mengandung menurut Islam seperti kurma. Banyak khasiatnya!

Harapan kami

Sewaktu kehamilan inilah, anda harus menitik-beratkan faktor pemakanan. Maklumlah badan sudah mula berisi, kadang-kala nafsu makanan anda juga membuak-buak dan seringkali makan dengan kadar yang berlebihan. Suami pula bantu pantau makanan semasa hamil yang diambil isteri.

Bagimana pula dengan makanan semasa hamil yang pelik-pelik? Ada juga yang mula mengidam makanan yang sebelum ini anda tidak lalu makan pun. Pelik tapi benar! Apa yang lebih penting, jaga pantang. Makanan untuk ibu hamil yang dilarang, mesti dijauhi.

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top