40 Minggu

7 Manfaat Mangga Muda Buat Ibu Hamil, Patutlah Asyik Nak Gigit Buah Masam-Masam Je!

9
SHARES
mangga untuk ibu hamil

Semasa hamil, anda perlu membuat perubahan tertentu, terutamanya mengenai pemakanan. Bagi menjaga kehamilan, ada beberapa makanan yang tidak boleh anda makan. Jadi, adakah mangga untuk ibu hamil terutamanya jenis muda selamat untuk wanita hamil?

Jika anda suka makan mangga muda, pasti anda ingin tahu sama ada bolehkah memakannya semasa hamil. Ikuti penjelasan di bawah untuk mengetahui manfaat dan tips pengambilan buah mangga muda untuk wanita hamil.

Baca juga: Selaput Putih ‘Vernix Caseosa’, Rupanya Lapisan Pelindung Terbaik Kulit Bayi Baru Lahir!

MANGGA UNTUK IBU HAMIL

mangga untuk ibu hamil

Gambar: wirestock

Melalui portal Yoona.ID, buah mangga (sama ada muda atau ranum) selamat untuk dimakan semasa hamil. Di mana, mangga muda adalah buah yang tinggi kalori dan boleh menjadi sumber tenaga.

Semasa mengandung, ibu hamil memerlukan tenaga yang banyak terutama pada trimester ketiga. Jika doktor meminta anda menambah pengambilan kalori, anda boleh makan mangga muda tetapi dengan kuantiti yang terhad seperti sebiji sehari.

Baca juga: 10 Jenis Kuih Ibu Berpantang Boleh Makan, Lain Dari Menu Biasa & Tak Bosan!

Berikut adalah antara manfaat memakan mangga muda semasa hamil:

1. Mencegah anemia

Ibu hamil memerlukan zat besi untuk mencegah anemia. Makan mangga muda boleh memenuhi keperluan besi ibu hamil. Makan buah ini juga boleh meningkatkan jumlah sel darah merah dalam badan.

2. Mengurangkan risiko kelahiran pramatang

Disebabkan buah mangga mengandungi vitamin C dan berfungsi sebagai antioksidan, buah mangga dapat menangkis radikal bebas. Vitamin C dalam mangga juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

3. Mengatasi tekanan darah tinggi dan preeklampsia

Mangga mengandungi magnesium yang boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan mencegah preeklampsia. Semasa mengandung, preeklampsia boleh menyebabkan sawan.

Jadi, makan mangga semasa mengandung boleh mencegah masalah ini.

4. Mengatasi morning sickness

Manfaat mangga muda seterusnya untuk ibu hamil adalah mengatasi morning sickness. Morning sickness adalah mual dan muntah yang dialami oleh wanita hamil dalam tiga bulan pertama kehamilan.

Perisa mangga boleh membantu mengatasi rasa tidak selesa tersebut.

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

5. Mengekalkan keseimbangan cecair badan

mangga untuk ibu hamil

Gambar: pch.vector

Apabila jumlah darah meningkat semasa kehamilan, badan anda memerlukan mineral. Mangga mengandungi kalium, kalsium, magnesium dan natrium yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.

Kandungan nutrisi ini juga memastikan jantung, otak dan saraf otot berfungsi sebagaimana mestinya.

6. Membantu pertumbuhan janin

Mangga muda kaya dengan asid folik yang boleh membantu perkembangan janin semasa hamil. Pengambilan pada trimester pertama boleh membantu pertumbuhan sistem saraf janin.

7. Mengatasi sembelit

Mangga muda adalah sumber serat yang diperlukan untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan. Bagi mengatasi masalah sembelit semasa mengandung, anda boleh makan buah mangga.

Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dengan jumlahnya, kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Baca juga: Rawatan Bidan Untuk Ibu Berpantang, Minum Air Rebusan Ini, Lepas Seminggu Dah Cergas!

TIPS PENGAMBILAN MANGGA MUDA UNTUK IBU HAMIL

  • Cuci buah mangga sebelum makan, bagi membantu menghilangkan sisa kimia dan pencemaran dari bakteria.
  • Kupas kulit mangga sebelum memakannya untuk mengurangkan risiko terdedah kepada racun.
  • Semasa mengupas dan memotongnya, pastikan anda menggunakan pisau dan papan pemotong yang bersih

Jika jumlah mangga yang dimakan masih dalam had yang munasabah, anda boleh memakannya semasa mengandung. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menambah mangga ke dalam menu harian, anda harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

Sumber: Yoona.ID

FT Image: freepik / nutrioninsights

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×