40 Minggu

Stimulasi Puting Isteri Supaya Cepat Kontraksi Pada Bulan Ke-9 Hamil, ‘Guide’ Untuk Papa!

25
SHARES
cara mudah bersalin

Memasuki bulan ke-9 kehamilan, bermakna Mama semakin hampir untuk bersalin dan akan mencari cara mudah bersalin. Mama mungkin tertanya-tanya apakah kaedah semula jadi yang boleh membantu mendorong kontraksi untuk memudahkan proses bersalin. Salah satu cara rangsangan yang boleh dilakukan di rumah ialah dengan stimulasi puting.

Bukan mama sahaja, papa pun boleh bantu sama melakukannya. Jadi, bagaimanakah cara suami merangsang puting isteri semasa hamil supaya cepat kontraksi? Mari lihat langkah-langkah di bawah.

Baca juga: 7 Manfaat Hebat Buah Pear Untuk Ibu Hamil, Termasuk Cegah Kecacatan Janin!

CARA MUDAH BERSALIN DENGAN STIMULASI PUTING

cara mudah bersalin

Gambar: mumsgrapevine

Menurut Healthline, stimulasi puting semasa kehamilan boleh membantu tubuh mama mengeluarkan hormon oksitosin. Hormon oksitosin memainkan peranan dalam mengawal rangsangan badan, memulakan proses kelahiran dan ikatan antara si kecil dan ibu.

Bukan itu sahaja, hormon oksitosin juga boleh membantu memudahkan proses bersalin kerana ia membuatkan kontraksi lebih kuat dan lama.

Baca juga: Bahaya Uri Melekat Pada Rahim Lepas Bersalin, Beri Ancaman Nyawa Pada Ibu!

APAKAH SEMUA WANITA HAMIL BOLEH MELAKUKAN STIMULASI PUTING?

Perlu diingat, walaupun aktiviti ini bermanfaat untuk melahirkan bayi, tidak semua ibu hamil boleh melakukannya. Menurut Healthline, bagi ibu hamil yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi, ia boleh membahayakan proses kehamilan.

Oleh itu, jika anda seorang wanita hamil dengan kehamilan normal dan berisiko rendah, maka anda boleh merangsang puting untuk mempercepatkan kontraksi.

Kehamilan berisiko rendah itu sendiri adalah kehamilan di mana wanita hamil tidak mempunyai risiko kesihatan tambahan. Risiko ini termasuk tekanan darah tinggi, diabetes semasa mengandung, jumlah cecair amniotik dan risiko lain yang menyukarkan kehamilan.

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

CARA SUAMI MERANGSANG PUTING ISTERI SEMASA HAMIL AGAR CEPAT KONTRAKSI

cara mudah bersalin

Gambar: freepik

Langkah pertama: Pilih alat atau kaedah untuk digunakan

Bagi hasil yang maksimum, papa perlu meniru pergerakan bayi ketika menghisap puting sedekat mungkin. Gunakan jari papa, pam susu atau mulut anda untuk stimulasi puting isteri.

Langkah kedua: Fokus pada bagian areola

Areola ialah bahagian hitam yang mengelilingi puting. Apabila bayi menyusu, dia bukan sahaja menghisap atau menekan puting, tetapi juga mengurut areola.

Oleh itu, papa boleh menggunakan jari atau tapak tangan untuk menggosok perlahan-lahan puting dan areola melalui pakaian nipis atau terus pada kulit. Bagi elak melecet, gunakan juga minyak pati untuk menjadikannya lebih selesa.

Langkah ketiga: Berhati-hati semasa melakukannya

Semasa melakukan stimulasi ini, papa dan mama perlu berhati-hati untuk mengelakkan rangsangan yang berlebihan:

  • Fokus pada satu sisi payudara pada satu masa semasa melakukan stimulasi.
  • Hadkan stimulasi kepada maksimum 5 minit. Kemudian, tunggu 15 minit sebelum melakukannya semula.
  • Hentikan stimulasi puting apabila stimulasi berlaku 3 minit atau kurang, dan tempoh kontraksi adalah 1 minit atau lebih.

Sila ingat, sentiasa berjumpa doktor atau bidan sebelum cuba melakukan stimulasi puting untuk mendorong kelahiran bayi.

Kesimpulan

Jadi, itu sahaja berkenaan cara suami stimulasi puting isteri semasa hamil supaya cepat kontraksi. Sebelum buat keputusan, mama dan papa kena sesuaikan dengan keadaan kehamilan dan nasihat doktor, OK!

Baca juga: Ambil Tahu 4 Hal Ini Sebelum Bersenggama Lepas Keguguran, Jangan Terus Buat Je!

Sumber: PopMama

FT Image: pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×