40 Minggu

Ambil Tahu 4 Hal Ini Sebelum Bersenggama Lepas Keguguran, Jangan Terus Buat Je!

4
SHARES
keguguran anak

Keguguran anak boleh menimbulkan pelbagai emosi kepada pasangan, terutamanya ibu yang mengandung. Selepas kehilangan zuriat, menjadi intim semula bersama pasangan boleh menjadi satu cabaran, baik secara fizikal mahupun emosi.

Disebabkan itu, untuk mengetahui tempoh sesuai melakukan hubungan seks selepas keguguran boleh menjadi hal yang rumit. Pulih daripada kehilangan anak dan kembali kepada keintiman fizikal bukan hanya mengenai tubuh anda, ia juga mengenai hati dan perhubungan suami isteri.

Baca juga: Timbul Rasa Nak Beronani Ketika Hamil, Ini 7 Sebab Ada Wanita Pilih Untuk Buat!

KEGUGURAN ANAK

keguguran anak

Gambar: Nicoletaionescu / Getty Images

1. Proses pemulihan berbeza bagi setiap orang

Pakar mengatakan tempoh pemulihan selepas keguguran secara khususnya kira-kira dua minggu, namun ia juga bergantung kerana tubuh setiap orang untuk sembuh adalah berbeza. Masa keguguran – sejauh mana anda berada apabila ia berlaku – juga boleh mempengaruhi tempoh masa pemulihan.

Pakar OB-GYN, Dr. Benjamin DiJoseph berkata, para ibu harus harus mengelak daripada memasukkan apa-apa ke dalam faraj sewaktu tempoh pemulihan. Antaranya termasuklah tampon, douching dan persetubuhan, sehingga pendarahan anda telah berhenti.

2. Ambil masa berehat selepas menjalani proses cuci rahim (D&C)

Selepas keguguran, doktor perlu melakukan prosedur pembedahan yang dipanggil dilation and curettage atau prosedur D&C. Di mana, bahasa mudahnya adalah kaedah cuci rahim untuk mengeluarkan tisu bagi membersihkan lapisan rahim.

Ujar Dr. DiJoseph, sekiranya mempunyai D&C anda disyorkan menunggu selama dua minggu sebelum melakukan hubungan seks. Namun, ia bergantung kepada tubuh badan anda dan mungkin perlu masa tambahan lagi untuk penyembuhan. Hal ini kerana, pemulihan daripada D&C boleh jadi menyakitkan dan risiko jangkitan lebih tinggi.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

3. Tempoh sesuai melakukan perancangan keluarga selepas keguguran

Selepas keguguran, sesetengah pasangan mahu menunggu sebelum mencuba untuk hamil semula (TTC). Jika anda ingin melakukan hubungan seks, tetapi tidak bersedia untuk hamil lagi, Dr. DiJospeh berkata adalah digalakkan untuk mula membuat perancangan keluarga.

Seperti yang dilaporkan Romper sebelum ini, ovulasi biasanya tidak dipengaruhi oleh keguguran. Jadi kitaran anda mungkin akan meningkat semula, bermakna perancangan keluarga diperlukan untuk mencegah kehamilan.

4. Pastikan emosi sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim

Selain menunggu dua minggu (atau lebih) yang diperlukan untuk badan anda sembuh dan pulih, Dr, DiJoseph menggesa para ibu untuk mempertimbangkan kesediaan emosi juga. Kehilangan anak bukanlah perkara mudah untuk dilupakan.

Walaupun secara teknikal badan sudah bersedia, emosi anda mungkin tidak. Pakar mengatakan adalah idea yang baik untuk memeriksa keadaan diri sendiri dan pasangan sebelum melakukan hubungan seks semula.

Baca juga: 10 Jenis Kuih Ibu Berpantang Boleh Makan, Lain Dari Menu Biasa & Tak Bosan!

Sumber: Romper

FT Image: iStock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×