40 Minggu

Perut Mengeras Macam Nak Bersalin, Rupanya Itu KONTRAKSI PALSU (Braxton Hicks)!

3
SHARES
kontraksi palsu (braxton hicks)

Bagi ibu hamil, pernah kah otot perut anda berasa tegang seperti kontraksi yang muncul dan kemudiannya hilang, tetapi bukan lah ingin melahirkan bayi. Kalau nak tahu, itu dinamakan kontraksi palsu (braxton hicks).

Memasuki trimester terakhir kehamilan, ramai ibu hamil mula tidak sabar untuk melahirkan bayi mereka. Maklumlah, perut semakin membesar sehingga membataskan aktiviti harian.

Walau bagaimanapun, munculnya kontraksi yang ditandai dengan pengetatan bahagian perut seperti kram sebelum 37 minggu bukanlah tanda akan melahirkan anak. Ada kemungkinan anda mengalami kontraksi Braxton Hicks atau yang sering dipanggil kontraksi palsu dan ‘latihan kontraksi’.

Baca juga: Mama & Papa Boleh Cuba 2 Amalan Ini, Ikhtiar HAMIL Kaedah Islam!

KONTRAKSI PALSU (BRAXTON HICKS)

kontraksi palsu (braxton hicks)

Gambar: freepik

Apa itu kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks adalah ketegangan pada perut ibu hamil yang datang dan pergi. Kontraksi ini datang dari rahim yang sedang bersiap sedia untuk melahirkan. Kontraksi akan mengetatkan otot-otot di dinding rahim anda semasa menyediakan serviks untuk melahirkan.

Macam mana rasanya?

Kontraksi Braxton Hicks akan dirasai jika anda meletakkan tangan di atas perut apabila otot-otot di dalam perut menegang dan anda juga mungkin dapat merasakan rahim mengeras.

Menurut Pregnancybirthbaby.org.au, kontraksi palsu ini berlaku sejak awal kehamilan, tetapi anda mungkin tidak merasakannya sehingga trimester kedua. Jika ini adalah kehamilan pertama, anda mungkin mula merasakannya sejak usia kandungan 16 minggu.

Pada kehamilan seterusnya, anda mungkin akan merasakan kontraksi Braxton Hicks lebih kerap, atau lebih awal. Namun, ada juga wanita yang tidak merasakannya sama sekali.

Kontraksi Braxton Hicks datang dan pergi secara tidak teratur dan biasanya berlangsung kira-kira 30 saat. Walaupun kontraksi ini selalunya tidak selesa, ia biasanya tidak menyakitkan.

Apa yang jelas ialah kontraksi Braxton Hicks tidak mencetuskan kelahiran dan bukan petanda permulaan kelahiran.

Baca juga: Lepas Bersalin, Ibu Kerap Berpeluh Sampai Katil Basah? Semak 5 Punca Ini!

Perbezaan kontraksi Braxton Hicks dengan kontraksi sakit bersalin

1. Tanda-tanda kontraksi Braxton Hicks:

  • Biasanya berlangsung kira-kira 30 saat
  • Boleh menjadi tidak selesa, tetapi biasanya tidak menyakitkan
  • Datang pada waktu yang tidak teratur
  • Biasanya berlaku tidak lebih daripada sekali atau dua kali sejam (sehingga akhir kehamilan)
  • Ia biasanya berhenti jika anda menukar kedudukan atau menukar aktiviti yang sedang berjalan.

2. Tanda-tanda sakit bersalin:

  • Bertahan lebih lama dari masa ke masa
  • Menjadi lebih kuat atau datang lebih kerap apabila berjalan
  • Berasa lebih kuat dari semasa ke semasa

Anda boleh membezakan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi sebenar kerana kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya apabila terdapat perubahan kedudukan, apabila kena air hangat atau sedang mandi.

Pada akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks lebih kerap, misalnya setiap 10-20 minit. Ini adalah tanda bahawa anda sedang bersiap untuk bersalin atau pra-bersalin.

Baca juga: Cara Cepat KEMPIS Perut Lepas Bersalin, Tubuh Mama Pasti Kembali ‘Slim’!

Bila perlu jumpa doktor?

Jika anda merasakan kesakitan, tekanan, atau ketidakselesaan di bahagian pinggul, perut, atau bahagian belakang bawah, kemungkinan besar anda mengalami gejala kelahiran pertama. Hubungi doktor atau bidan segera, terutamanya jika kehamilan anda kurang dari 37 minggu kerana ia boleh menjadi tanda kelahiran pramatang.

Pada mana-mana peringkat kehamilan, hubungi doktor dengan segera jika anda:

  • Mengalami sakit perut yang berterusan
  • Mengalami pendarahan faraj
  • Merasakan pergerakan bayi anda perlahan atau berhenti
  • Berasa sangat tidak sihat

Cara mengatasi rasa tidak selesa kontraksi Braxton Hicks

Kontraksi Braxton Hicks berlaku secara normal dan tidak memerlukan rawatan khas. Jika anda berasa tidak selesa, cuba berbaring, berjalan-jalan, berehat di dalam mandi air panas atau mendapatkan urut. Melatih pernafasan semasa kontraksi Braxton Hicks berlangsung juga boleh mengurangkan ketidakselesaan.

Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!

Sumber: ayahbunda.co.id

FT Image: lancastergeneralhealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×