40 Minggu

Mama, Usah Waswas Guna Ubat Insert Keputihan Ketika Hamil, Ini Anda Perlu Tahu!

3
SHARES
ubat insert keputihan ketika hamil

Masalah keputihan semasa mengandung yang normal juga disebut sebagai leukorrhea dan sifatnya adalah cair, putih dan mempunyai bau yang ringan. Maka, tidak hairan ada wanita hamil yang menggunakan ubat insert keputihan ketika hamil untuk merawat masalah ini.

Jadi, mesti ada dalam kalangan anda yang waswas tentang penggunaan ubat ini bukan? Jom baca dengan lebih lanjut mengenai hal ini.

Baca juga: Eh, Rasa Susu Badan Menitis Keluar Semasa Hamil, Normal Ke? Ini Penjelasannya!

UBAT INSERT KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

ubat insert keputihan ketika hamil

APA ITU UBAT INSERT?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam, anda perlu tahu apa itu ubat insert yang juga dikenali sebagai ubat pesari seperti disiarkan MyHealth.

  • Pesari adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat jangkitan.
  • Biasanya terdiri daripada bahan aktif ubat dan bahan bukan aktif seperti lemak koko (cocoa butter) atau minyak sayur-sayuran.
  • Apabila dimasukkan ke dalam faraj, pesari akan cair pada suhu badan dan secara beransur-ansur akan melepaskan bahan aktif ke dalam faraj.
  • Pesari biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah berkaitan dengan faraj.

TUJUAN UBAT INSERT

ubat insert keputihan ketika hamil

Ubat insert yang biasa digunakan berlabel clotrimazole vaginal inserts usp.

Melalui laman portal Medicines In Pregnancy, clotrimazole boleh digunakan semasa kehamilan dan merupakan rawatan pilihan pertama untuk masalah vagina. Clotrimazole adalah rawatan yang berkesan untuk masalah vagina dan meningkatkan kualiti hidup dengan melegakan gejala seperti gatal-gatal, terbakar, dan keputihan.

Tiada risiko yang dikenal pasti apabila menggunakan clotrimazole semasa hamil. Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang memantau kandungan anda.

CARA PENGGUNAAN

  1. Basuh tangan dengan bersih.
  2. Baca arahan pada label ubat.
  3. Keluarkan ubat dan applicator daripada foil aluminium atau plastik.
  4. Masukkan ubat ke dalam applicator dan seterusnya masukkan bahagian applicator yang diisi dengan ubat ke dalam faraj. (Jika anda mengandung, jangan gunakan applicator sebaliknya masukkan ubat terus ke dalam faraj menggunakan jari anda.)
  5. Masukkan ubat tersebut sedalam yang boleh ke dalam faraj sama ada menggunakan applicator atau jari sambil baring dengan posisi kaki bengkok serta dikangkangkan.
  6. Jika menggunakan applicator tekan bahagian hujung untuk menolak ubat masuk ke dalam dan seterusnya keluarkan applicator dari faraj.
  7. Berada dalam posisi tersebut dalam 15 minit bagi memastikan ubat tersebut tidak keluar.
  8. Basuh tangan semula.
ubat insert keputihan ketika hamil

Gambar: MyHEALTH

PENYIMPANAN 

  1. Simpan semua ubat di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.
  2. Simpan pesari dalam bekas asal dan di tempat yang sejuk serta gelap, kecuali diarahkan sebaliknya.
  3. Jangan simpan pesari pada suhu melebihi 25°C.
  4. Jangan gunakan pesari selepas tarikh luput yang tertera pada bekas asal.

LARANGAN

  • Disyorkan supaya alat-alat perancang berasaskan getah tidak digunakan semasa rawatan.
  • Penggunaan pantyliner atau tuala wanita disyorkan.
  • Jangan gunakan tampon.
  • Penggunaan pesari hendaklah diteruskan walaupun semasa haid.
  • Cuci applicator dengan air panas setelah menggunakannya atau jika perlu menggunakannya untuk dos seterusnya.
  • Walaupun berasa telah sembuh, adalah penting untuk menggunakan semua pesari yang dibekalkan bagi tempoh tersebut.
  • Jika anda berasa tidak sembuh atau keadaan menjadi lebih teruk, sila berjumpa dengan doktor.
  • Gunakan pesari mengikut arahan yang dilabelkan.
  • Ubat ini tidak boleh dimakan.

KESIMPULAN

Masalah keputihan ketika hamil adalah normal. Namun, sekiranya cecair itu kelihatan tidak normal dari segi bau dan warna segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bagi penggunaan ubat insert pula, jika anda mengalami iritasi atau apa-apa kesan sampingan yang lain selepas menggunakannya, maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor.

Sumber: MyHEALTH / Medicines In Pregnancy / NHS UK / Faiz Akmal Mfa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×