40 Minggu

Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

72
SHARES
resepi lauk pantang

Terdapat banyak menu berpantang yang menarik untuk dicuba. Termasuklah resepi lauk pantang yang satu ini yang menggunakan bawang dan ikan bilis sebagai bahan utama.

Walaupun ia lauk berpantang untuk wanita lepas bersalin, namun resepi lauk pantang ini juga boleh dinikmati seisi keluarga, menurut Puan Aliyaa Malek yang berkongsikan hidangan ini. Hal ini kerana, kegaringan kudapan yang mudah dibuat ini dan dimakan bersama nasi panas serta lauk lain amatlah membuka selera!

Baca juga: 10 Jenis Kuih Ibu Berpantang Boleh Makan, Lain Dari Menu Biasa & Tak Bosan!

RESEPI LAUK PANTANG

resepi lauk pantang

Gambar: Aliyaa Malek

Ada yang tengah berpantang tak? Samalah kita. Hehe. Saya nak share resipi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ini, dengan sayur sawi + lobak putih saja dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.

Bahan-bahan digoreng:

  • Bawang kecil hiris nipis
  • Bawang putih hiris nipis
  • Ikan bilis
  • Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)

Bahan perasa:

  1. Lada hitam disangan dan ditumbuk halus (secukup rasa)
  2. Garam halus (secukup rasa)

Baca juga: Resepi Rotiboy Ekspres Guna ‘Airfryer’, Hasilnya Lembut & Gebu Sangat!

resepi lauk pantang

Gambar: Aliyaa Malek

Gaulkan kesemuanya, siap! Dah siap semua boleh simpan dalam tabung kedap udara. Senang, nak makan je ambil. Tahan la 2, 3 minggu tengok banyak mana makan.

Lauk ini jadi lauk kesukaan satu keluarga walaupun tak ada orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin dan panaskan badan. Memang membuka selera.

P/s: Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak juga, letak sikit saja dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama.

Selamat mencuba!

resepi lauk pantang

Gambar: Aliyaa Malek

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

Sumber: Aliyaa Malek via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Aliyaa Malek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×