Dapur

Cara Buat SERBUK BAWANG PUTIH & Letak Sikit Je, Makanan Terus Sedap!

14
SHARES
tips memasak

Melalui perkongsian tips memasak dari Intan Nornie Sheika, penggunaan serbuk bawang putih dalam masakan sememangnya mampu menimbulkan rasa umami pada hasil penghujung proses. Biarpun hanya menggunakan setengah sudu kecil sahaja serbuk bawang putih.

Nak tahu lagi bagaimana cara membuat serbuk bawang putih, ikuti perinciannya di bawah.

Baca juga: Tips Rebus KERANG Elak Kecut Tapi Jadi Gebu, Puas Hati Bila Gigit!

TIPS MEMASAK SEDAP

tips memasak

Gambar: Intan Nornie Sheika

Walaupun rasanya ‘tajam’ bila diratah tapi jika dimasuk dalam masakan: fuh sedap jadinya! Kalau ada bawang putih yang dah tak best nak masak fresh, jom kita jadikan serbuk bawang putih.

Biarpun dari segi rasa on its own, kalau calit dijari dan rasa dilidah kita itu agak tasteless tapi ada satu rasa tajam payau bawang putih di hujung.

Percaya tak bila masuk je dalam masakan (renjis atau masukkan setengah sudu kecil je) terus wowww menjadi sedap masakan kita. Buat kuah sup, kuah tomyam atau simply sayur tumis, sayur masak bening.

Sprinkle serbuk bawang putih, auto elevated taste-wise masakan. Menaikkan seri rasa dan bau masakan.
Secret ingredients juga ni.

Baca juga: Teringin Durian MUSANG KING Jangan Sampai Salah Beli, Ini 6 Ciri Aslinya!

Baca juga: Resipi REMPAH KARI AYAM ‘Homemade’, Nak Kering Ke Basah 2 Versi Ini Ada!

Cara-cara penyediaan serbuk bawang putih:

  1. Bawang putih dimayang halus atau nak hiris halus pun boleh. 
  2. Ambil tisu pedap-pedap di bawang untuk kurangkan kelembapan.
  3. Jemur di matahari terik (tengahari). Stage pertama ini penting sangat-sangat tau sebab fasa inilah bawang dijemur mudah rosak. Atau boleh saja dibakar dalam oven. Cuma hasil akhir nanti, bau dia kurang kuat dan dari segi rapuh dia tu, tibu is geram sikit. Hahaha.
  4. Jemuran pertama dalam 2 hingga 3 kali terik matahari. Kemudian jemuran seterusnya it’s okay dah dengan cahaya suram atau cahaya pagi/petang.
  5. Cara untuk kenal pasti bawang putih tadi dah sedia untuk dikisar jadi serbuk ialah apabila patahkan bawang tadi, ia keluarkan bau garlic yang menyengat. Result ini yang tak dapat bila ia dibakar dalam ketuhar (oven).
  6. 5. Dah boleh kisar. Nak halus boleh, separa halus ala-ala granules pun bisa. Ikut selera kita.

Sedap. Cuba tau!

Baca juga: Resipi IKAN PERCIK ‘Viral’ Warisan Keluarga, Ramai Netizen Telah Jatuh Cinta!

Sumber: Intan Nornie Sheika

FT Image: Intan Nornie Sheika / valeria_aksakova

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×