Dapur

Teringin Durian MUSANG KING Jangan Sampai Salah Beli, Ini 6 Ciri Aslinya!

2
SHARES
ciri-ciri durian musang king

Sebagai pencinta durian, sudah tentu akan kurang lengkap sekiranya tidak mencuba durian Musang King. Disebabkan itu, mengetahui ciri-ciri durian musang king yang asli sangatlah berbaloi supaya anda tidak tersalah beli.

Harganya pun boleh tahan mahal, sebiji boleh mencecah RM100 kalau bukan pada musim durian. Elak diri anda tertipu, terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir, ikuti perkongsian ciri-ciri musang king di bawah.

Baca juga: Cara Buat BAWANG PUTIH GORENG Rangup & Tak Nak Pahit Ikut Resipi Ini!

CIRI-CIRI DURIAN MUSANG KING

ciri-ciri durian musang king

Gambar: Garisan seakan tapak sulaiman pada pangkal bawah durian Musang King – Vanilla Kismis.

1. Tapak sulaiman

Tahukah anda, durian Musang King mempunyai ciri yang unik iaitu terdapat lima garisan dari pangkal bawah buah ke bahagian tepi buah. Ia kelihatan seperti starfish atau tapak sulaiman.

2. Pangkal bawah tidak berduri

Selain itu, pangkal bawah pada buah durian Musang King tidak berduri kerana ia botak dan leper yang seiras bentuk starfish.

Baca juga: Resipi KERABU BUAH BEKA Yang Enak, Susah Nak Jumpa Jadi Wajib Cuba!

Baca juga: Tak Ramai Tahu Petua Daun Durian Belanda Rupanya Ada 7 Khasiat, Patut Orang Lama Suka Guna!

3. Duri bentuk piramid

ciri-ciri durian musang king

Gambar: Vanilla Kismis

Duri pada durian ini adalah berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

4. Kedudukan durinya renggang

Umumnya duri pada kulit durian jenis yang lain saling berdekatan, tetapi bagi Musang King lain pula ceritanya. Bahagian durinya renggang, bahkan jika dilihat dengan saksama, jarak antara durinya cukup berjauhan.

Baca juga: Resipi REMPAH KARI AYAM ‘Homemade’, Nak Kering Ke Basah 2 Versi Ini Ada!

5. Berbentuk bujur

durian musang king

Gambar: Vanilla Kismis

Kebiasaannya, durian Musang King berbentuk bujur seperti bola ragbi yang kadang-kadang juga berbentuk seperti buah pinggang manusia.

6. Warna isi kuning diraja

Siapa sahaja yang tidak keruan melihat isi kuning diraja durian Musang King, yang juga dinamakan Rajah Kunyit! Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan.

Selain itu, bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya juga senang ditanggalkan. Secara keseluruhannya, kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap.

musang king

Gambar: Vanilla Kismis

Nota penulis:

Kalau ada lebih buah durian, bolehlah buat resipi-resipi makanan ini:

  1. Resepi Aiskrim Durian Homemade, Penyejuk Tekak Yang ‘Confirm’ Asli Rasanya!
  2. Rahsia TANAK Pulut Cantik Tak Melekat, Ini Resepi Pulut Durian Kuah Santan!
  3. Begini Rupanya Atok Buat Tempoyak, Tak Berkulat & Tahan Lama, Simpan Luar Peti Sejuk Je!
  4. Resepi ROTI JALA PANDAN Gebu Cicah Kuah Durian, Menu Petang Mudah & ‘Special’!

Baca juga: “Projek Mangkuk Tingkat” Hias Bekal Dengan Kreatif & Menangi Set Istimewa Ini!

Sumber: Vanilla Kismis / IDN Times

FT Image: Vanilla Kismis / Wikipedia by Hong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×