Dapur

Durian Belanda Muda Gugur Jangan Buang, Boleh Buat Goreng Tepung, Menu ‘Rare’ Kampung!

19
SHARES
durian belanda

Kebiasaannya, durian belanda dinikmati begitu sahaja apabila isinya sudah masak ranum. Berbeza pula dengan resipi ini yang menggunakan durian belanda muda untuk dijadikan sebagai hidangan goreng tepung.

Keenakkannya sama seperti menikmati sukun goreng atau keledek goreng. Rugi kalau tak cuba! Dari membazir buang durian belanda muda itu, lebih baik digoreng dan dimakan. Jom lihat resipi durian belanda muda goreng tepung oleh Puan Faizah Husain.

Baca juga: Resepi LEMPENG KAMPUNG Gemuk Gebu, Puas Dapat Makan Sampai Berebut!

DURIAN BELANDA MUDA GORENG TEPUNG

durian belanda

Gambar: Faizah Husain

Cikzah nak kongsi menu yang rare petang ini.Orang lama mesti dah biasa. Orang muda ada yang baru kali pertama dengar kan.

Biasa lah kalau duduk kampung, buah-buahan macam ini ada saja musuh. Suruh sekolah tak nak, dah tak reti nak beza buah masak dengan buah muda. Hari ini yang muda dipulasnya.

Rezeki jangan dibuang. Durian belanda yang muda ini boleh digoreng. Rasanya sedap seakan rasa buah sukun. Cara goreng sama macam goreng sukun atau keledek.

Dapur achik cili.

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Bakar Sambal Melewah, Tanpa Air Asam Pun Masih Kecur Air Liur!

Bahan bancuhan tepung:

durian belanda

Gambar: Faizah Husain

  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh gula

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit durian belanda dan ambil isinya.
  2. Kemudian, boleh potong isi ikut suka asalkan ia boleh celup tepung.
  3. Campurkan sedikit air bersama tepung gandum, tepung jagung, tepung ubi, garam dan gula untuk jadikan bancuhan tepung.
  4. Setelah itu, celupkan isi durian belanda dan salutkan ia bersama bancuhan tepung tadi.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan boleh masukkan durian belanda celup tepung.
  6. Apabila ia kelihatan kuning keemasan, baru lah boleh diangkat keluar dan ditapis minyaknya.

Durian belanda goreng tepung sedia untuk dinikmati. Lebih sedap kalau ada pencicah sambal kicap sebab lagi enak rasanya!

Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!

Sumber: Faizah Husain via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×