Famili

“Tiba-Tiba Teringin Durian”- Gerai Durian Papa Muda Jadi Tarikan Kerana Abang Sado

2
SHARES
jual durian

Nampaknya, musim durian sudah kembali! Ini merupakan saat yang paling dinantikan oleh setiap penggemar raja buah ini kerana boleh dapat durian dengan harga yang berbaloi. Namun, baru-baru ini tular video memaparkan sekumpulan abang tukang jual durian yang tidak berbaju!

Bukan sahaja tidak berbaju, bentuk tubuh mereka yang sasa menjadikan orang ramai khususnya dalam kalangan wanita menyerbu gerai durian tersebut.

Baca juga: Cara Siang & Masak Pucuk Ubi Kayu Supaya Tak Berangin Perut, Makan Pun Tak Liat!

ABANG TUKANG JUAL DURIAN SADO, TARIK PERHATIAN!

jual durian

Gerai durian yang dipanggil Durian PapaMuda terletak di Kampung Dato, Abu Bakar Baginda, Kajang ini menjadi siulan ramai setelah tularnya video abang-abang sado yang meniaga durian. Penampilan peniaga lelaki di gerai itu yang tidak berbaju nyata menarik perhatian kaum hawa terutama selepas video dimuat naik di TikTok rasmi gerai berkenaan tular.

Menurut laporan Harian Metro, salah seorang peniaga, Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady, 25, atau dikenali Irfan berkata, dia bukan sengaja tidak berbaju untuk ‘menayang’ badan dengan niat mahu tular atau menarik kedatangan pelanggan ke gerai. Sebaliknya, Irfan berkata video dirakam dan dimuat naik itu adalah ketika dia sibuk mengatur, menyusun serta menempatkan bekalan durian yang baru tiba di gerai.

Katanya, ketika video itu dirakam dia baru sahaja sampai dari Johor dan ketika itu panas tengah hari. Disebabkan pakaian yang dipakai adalah tebal, dia memilih untuk tidak memakainya.

“Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk ‘content’ (bahan perkongsian) di TikTok”.

“Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tapak niaganya.

Untuk pengetahuan ramai, perniagaan ini dijalankan bersama ahli keluarga itu sepupu sepapat berjumlah lima orang. Selepas video ini tular, perniagaan mereka mendapat sambuatan yang tinggi berbanding tahun lepas ketika musim durian. Tambahnya, tahun lepas badan mereka masih kurus dan tahun ini kebetulan, susuk tubuh mereka mempunyai bentuk selepas aktif ke gimnasium.

“Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk,” katanya.

Ada pelbagai jenis durian dijual di gerai kami antaranya Musang King, IOI, Durian Merah dan Black Thorn. Malah, bukan sahaja pelanggan dari Lembah Klang sahaja menyerbu lokasi perniagaan mereka, namun ada yang datang dari Johor!

“Alhamdulillah, maklum balas pelanggan yang datang positif kerana kami pun beri jaminan kembalikan durian jika dapat yang tak okay cuma biasalah di TikTok ada kecam video dimuat naik. Tapi saya terima saja dan tak terkesan kerana itu pandangan mereka,” katanya.

@durianpapamuda Orang asyik tanya siapa papa muda? Mereka ni la papa muda 😂 #menjawabpersoalan #durianpapamuda #bangi #fyppppppppppppppppppppppp #datoabubakarbaginda ♬ suara asli – 𝕸𝖚𝖘𝖎𝖐 𝕻𝖆𝖕𝖆 – 𝕻𝖆𝖕𝖆_𝕭𝖔𝐲

*Jom pergi sekarang sebelum durian habis!

Baca juga: 7 Haiwan Eksotik Yang Halal Untuk Dimakan, Terkejut No.5 Boleh Makan Sebenarnya!

Sumber: Tiktok @durianpapamuda, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×