Famili

‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

24
SHARES
biodata tengku hassanal

Sudah tidak asing lagi apabila menyebut nama pewaris takhta negeri Pahang, nama yang terlintas di fikiran ramai adalah Tengku Hassanal. Tambahan pula selepas berakhirnya Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, makin ramai yang tercari-cari biodata Tengku Hassanal yang berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia.

Perwatakan yang sopan santun dan rendah diri ini rupanya terselit latar belakang yang bukan calang-calang hebatnya. Mari kita kenali dengan lebih mendalam tentang anakanda kepada Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Permaisuri Agong.

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!

BIODATA TENGKU HASSANAL, ‘PRINCE CHARMING’ DI ALAM NYATA

biodata tengku hassanal

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Dipuji ramai kerana memiliki sifat keprihatinan ayahandanya, kini baginda berusia 28 tahun dan merupakan Tengku Mahkota Pahang serta Pemangku Raja Pahang.

Baginda sebenarnya adalah anakanda kedua kepada pasangan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tengku Ahmad Iskandar merupakan anakanda pertama YDPA dan Permaisuri Agong namun begitu Tengku Ahmad Iskandar Shah telah meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.

Ini senarai pendidikan yang diterima oleh Tengku Hassanal:

2002 – 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang
2006 – 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom
2009 – 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom
2015 – 2018 : University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations
27 September 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan
1 Jan 2019 – 14 Dis 2019 : Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

biodata tengku hassanal

Seperti apa yang dilihat di laman Instagram miliknya iaitu @this.7, Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan. Bahkan, pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England.

Turut berangkat sama menyaksikan perlawanan adalah ayahanda baginda YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat. Memang berbakat!

Untuk pengetahuan anda, kalau mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah. Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

*Jadi, katanya ramai gadis-gadis tengah ‘beratur’ dan berhasrat dapat menambat hati putera raja yang masih solo ini bukan? Semoga berjaya!

biodata tengku hassanal

Baca juga: 8 Putera Raja Paling Kacak Dan Berkaliber Di Dunia, Hebat-Hebat Belaka!

Sumber: Portal Diraja Pahang, Instagram @this.7, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×