Famili

Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!

311
SHARES
biodata tengku hassanal

Nampaknya dalam edisi Kembara Kenali Borneo yang disertai oleh Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong serta puteri dan puteranya mendapat sambutan luar biasa. Menjadi viral lagi apabila kesemua kerabat diraja Pahang ini digilai ramai khususnya dalam kalangan wanita yang tertarik dengan Tengku Hassanal.

Oleh disebabkan ramai yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai puteri dan putera kepada YDPA Malaysia, berikut merupakan senarai anakanda baginda.

Baca juga: Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik

KERABAT DIRAJA PAHANG, INI WAJAH-WAJAH ANAKANDA YDPA BERSAMA PERMAISURI

Pada 6 Mac 1986 Baginda Sultan Abdullah telah selamat berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Masjid Negeri Sultan Abu bakar. Di awal perkahwinan baginda dan permaisuri tidak dikurniakan anak.

Namun, selepas berusaha sebanyak 17 kali percubaan IVF, YDPA bersama Permaisuri Agong dikurniakan 6 orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan. Anak sulung baginda mangkat sejurus selepas dilahirkan.

1.Tengku Amir Nasser Ibrahim

kerabat diraja pahang

Tengku Amir adalah anakanda angkat kepada YDPA dan Permaisuri Agong. Tengku Amir merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga beliau iaitu Czarina binti Abdullah.

Pada tahun 1987 baginda telah berkenan untuk mengambil Tengku Amir Naseer yang pada ketika itu berusia setahun, dan juga merupakan sepupu baginda, sebagai anak angkat baginda.

2.Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah & Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

kerabat diraja pahang

Tengku Ahmad Iskandar merupakan anakanda pertama YDPA dan Permaisuri Agong namun begitu Tengku Ahmad Iskandar Shah telah meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 24 July 1990.

Seterusnya menjadikan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan merupakan putera kedua kepada YDPA dan Permaisuri Agong. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.

3.Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

kerabat diraja pahang

Tengku Muhammad merupakan putera ketiga YDPA bersama Permaisuri Agong. Beliau merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

4.Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

kerabat diraja pahang

Beliau adalah putera keempat YDPA bersama Permaisuri Agong. Beliau merupakan pewaris takhta yang ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Ramai yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

5.Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

kerabat diraja pahang

Puteri Afzan merupakan puteri pertama kepada YDPA dan Permaisuri Agong dan anak ke 5 daripada 6 adik beradik seibu sebapa. Beliau juga merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

6.Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah

kerabat diraja pahang

Beliau merupakan puteri bongsu dan anak keenam kepada YDPA dan Permaisuri Agong seibu sebapa. Dilahirkan pada 27 April 2002 dan sekarang tengah menyambung pengajian di University for the Creative Arts, Farnham, England.

*Kesemua putera dan puteri YDPA dan Permaisuri Agong berpendidikan di United Kingdom. Cantik-cantik dan kacak-kacak kan kesemuanya?

Baca juga: 8 Putera Raja Paling Kacak Dan Berkaliber Di Dunia, Hebat-Hebat Belaka!

Sumber: Twitter @JanuarHaikal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×