Pucuk ubi kayu merupakan antara tumbuhan yang sering dijadikan ulam-ulaman atau popular dalam masakan Minang. Namun, cara untuk menyediakan pucuk ubi ini tidak sama dengan ulam lain kerana kalau salah teknik, akan menyebabkan teksturnya liat apabila dimakan.
Jadi, buat para wanita yang runsing apabila ibu mentua di kampung suruh bersihkan dan masak pucuk ubi, ini merupakan tatacara yang anda perlu buat. Barulah dipuji!
Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!
CARA CUCI PUCUK UBI KAYU SUPAYA TAK LIAT DIMAKAN
Pucuk ubi ini sedap dibuat ulam, gulai, masak lemak cili api dan kerabu. Tapi ada cara siang dan bersihkannya. Jom saya tunjukkan cara mudah nak bersihkan pucuk ubi untuk dimasak. Ada juga tips untuk kekalkan warna pucuk ubi itu biar cantik sahaja hijaunya.
Cara-caranya:
1. Pilih bahagian pucuk ubi yang masih muda.
2. Bahagian daun yang ada hitam-hitam tak perlu, boleh petik buang.
3. Cuci bersih-bersih dan tapiskan.
4. Didihkan air, kemudian celurkan pucuk ubi.
5. Masukkan secubit soda bikarbonat.
6. Tos dan bilas dengan air biasa.
7. Perahkan lebihan air pada pucuk ubi dan boleh dijadikan sebagai ulam atau masukkan dalam masakan.
Menurutnya, tujuan masukkan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan serta mengekalkan kehijauan pucuk ubi. Jadi, kalau mahukan pucuk ubi tidak liat dimakan, masukkan secubit soda bikarbonat dan celur selama 5-7 minit sehingga daun bertukar hijau gelap.
@nurain_z_ Pucuk ubi ni sedap di buat ulam, gulai, masak lemak cili api dan kerabu. Tapi ada cara siang dan bersihkannya. Jom saya tunjukkan cara mudah nak bersihkan pucuk ubi untuk dimasak. Ada juga tips untuk kekalkan warna pucuk ubi tu biar cantik je hijau dia. Tgk sampai hujung video ok? Semoga bermanfaat. #howto #cookingtiktok #creatorsearchinsights #cookinghacks #pucukubi #vegetable #ulam #resepisimple ♬ original sound – ANTH
*Selamat mencuba!
Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!
Sumber: Tiktok @nurain_z_