Dapur

Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!

32
SHARES

Kerepek pisang merupakan kudapan yang sangat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, ia dinikmati sewaktu minum petang, lepak bersama rakan-rakan atau dijamukan kepada tetamu yang bertandang. Nak lagi seronok mengunyah kudapan ini sewaktu berada di depan kaca televisyen.

Rasanya yang berlemak masin dan rangup membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya tidak akan menolak. Mungkin ada sesetengah dalam kalangan anda yang menggunakan air garam dan serbuk kunyit sebagai bahan pelengkap.

Namun, berbeza pula dengan resepi kerepek pisang kali ini. Hanya menggunakan tiga bahan ‘magik’ di bawah, boleh saja menjadikan pisang itu kuning keemasan! Malah, ada juga rahsia bagaimana untuk menaikkan aromanya. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Zaman Atok Nenek Dulu Kala, Confirm Sedap!

RAHSIA MENAIKKAN AROMA PISANG DARI PENIAGA KEREPEK!

Gambar: Dapat dua balang bersaiz sedang.

Kerepek pisang mudah 3 bahan. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.

Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, rahsia dari peniaga kerepek.

RESEPI KEREPEK PISANG 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN & CARANYA:

Gambar: Puan Anis menggunakan pisang berangan.

  • Pisang 1 sikat.
  • Marjerin 1 cawan (200g).
  • Minyak masak 1/2 kilo.

1. Kupas kulit pisang berangan dan sagat.

2. Panaskan minyak dan pisang sedia untuk digoreng.

Sumber: Facebook Khaula Anis via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×