Dapur

Resepi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Zaman Atok Nenek Dulu Kala, Confirm Sedap!

39
SHARES

Nasi goreng cabai tumbuk bersama isi ikan goreng, pernahkah anda nikmati hidangan ini yang dibuat daripada hasil air tangan datuk dan nenek anda? Sangat bertuah sekiranya anda pernah merasainya kerana kelazatannya memang sukar untuk digambarkan.

Biasalah hasil masakan orang-orang tua, jaranglah tidak sedap! Ianya merupakan sebuah memori yang terindah sewaktu mereka masih hidup dan akan sentiasa merinduinya. Aroma nasi goreng dan kepedasannya yang memukau, membuatkan selera makan jadi terbuka dan tanpa sedar sudah tiga kali menambah.

Baca juga: Ini Cara Potongan Bawang Merah & Putih Ikut Jenis Masakan, Baru ‘Rasa’ Berbeza!

NASI GORENG CABAI TUMBUK BERSAMA ISI IKAN GORENG, LAZAT!

Sekiranya anda merindui nasi goreng cabai air tangan datuk dan nenek serta ingin menikmatinya semula sambil mengimbau nostalgia lama, apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Shamshinar Mohd Darus di bawah. Semoga dapat mengubat kerinduan anda semua.

Nasi goreng zaman tok nek dulu-dulu. Nasi goreng cabai tumbuk + isi ikan goreng.

RESEPI NASI GORENG CABAI TUMBUK & ISI IKAN GORENG

Begitu mudah hendak membuat nasi goreng cabai tumbuk ini, ibarat pejam mata pun boleh. Anda hanya memerlukan beberapa bahan seperti di bawah:

  • Nasi
  • Isi ikan goreng
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Cili besar merah

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali nasi. Pastikan jangan terlalu lumat barulah sedap kerana dapat merasa ketulan-ketulan kecil bawang dan ikan bilis.

2. Panaskan minyak di dalam kuali.

3. Kemudian, masukkan bahan perencah yang telah ditumbuk ke dalam minyak masak yang panas.

4. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Boleh juga tambah sedikit gula jika mahu.

5. Pastikan hasil tumisan nampak seperti sudah naik minyak kerana itu tanda ianya sudah masak.

6. Setelah itu, masukkan nasi dan isi ikan goreng. Gaul sehingga sebati.

Nasi goreng cabai sudah siap dimasak untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!

Sumber: Shamshinar Mohd Darus Via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×