Dapur

Resipi Nasi Goreng ‘Campak-Campak’ Emak Selalu Buat, Memang Mudah & Enak!

88
SHARES
nasi goreng mudah

Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng mudah tapi sedap rasanya lah yang paling orang gemar makan! Biarpun resipi nasi goreng sudah banyak diolah, namun jenis yang ini mungkin sukar untuk anda tolak kerana rasanya seakan air tangan ibu di rumah.

Selain namanya nasi goreng kunyit atau nasi goreng kicap, ada juga yang menggelarnya sebagai nasi goreng mudah, ‘bodo’ atau ‘campak-campak’. Mudah seakan namanya itu, jom buat resipi nasi goreng ini di bawah!

Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Pandan ‘Step By Step’, Hijaunya Lebih Tebal & Lembut!

NASI GORENG MUDAH

nasi goreng mudah

Gambar: Nasi goreng kunyit, boleh tambah ayam goreng dan sebagainya.

Masa kecil-kecil dulu, mak-mak mesti akan masak nasi goreng kunyit atau nasi goreng kicap. Istilah lain orang panggil nasi goreng ‘bodo’ atau istilah zaman millenia adalah nasi goreng simple atau nasi goreng campak-campak.

Bila mak kita buat nasi goreng kunyit tu, dari ruang tamu dah boleh hidu bau aroma dia. Sama ada isi ikan atau ayam atau ikan bilis tumbuk sebagai rencah. Kalau diorang buat tu, mesti kita menambah, “Mak! Nak lagi!” hahaha.

Baca juga: Resepi Teh Masala Yang ‘Kick’, Enaknya Melekat Di Segenap Rongga Mulut!

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk
  • Bawang putih
  • Bawang merah rose (nak sedap lagi guna bawang siam)
  • Kacang panjang
  • Sedikit lada hitam kasar
  • Sebiji telur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam/ajinamoto/serbuk perasa

Baca juga: Resepi Urap Pucuk Ubi Menu Kampung Paling Ringkas, Siap Ada Cekur Tu Lagi Sedap!

Cara penyediaan:

nasi goreng mudah

  1. Mula-mula, tumis bawang putih dan bawang merah. Saya guna bawang rose, kalau guna bawang siam lagi sedap tapi mahal sikit. Oh ya saya masukkan sekali hirisan kacang panjang.
  2. Mak mak kita dulu mereka simpan minyak lebihan ikan goreng tu. Bila masa nak buat nasi goreng, mereka akan guna minyak tu sebab ikan tu pasti dilumur kunyit. Jadi minyak akan kuning. Cara tu lagi best, bau bangkit je nasi goreng tu.
  3. Masukkan sedikit lada hitam kasar.
  4. Masukkan sebiji telur dan hancurkan bersama bahan-bahan tumisan tadi.
  5. Sedikit serbuk kunyit. Kalau rajin, tumbuklah kunyit hidup.
  6. Masukkan nasi dan pastikan nasi sejuk ya.
  7. Kemudian masukkan sedikit serbuk perasa atau garam atau ajinamoto.
  8. Kacau bagi rata nasi bersama bahan-bahan tumisan tadi.

nasi goreng mudah

Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

Sumber: Wan LuQman via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×