Dapur

Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Anak Minta Tinggal Cedok Masuk Kuali Je

46
SHARES
PES NASI GORENG

Antara cara untuk memudahkan kerja memasak di dapur adalah anda boleh cuba menyediakan pes nasi goreng. Bila nak masak, hanya tinggal masukkan sayur dan lauk pilihan sahaja.

Cara ini sudah tentunya menjimatkan masa kerana tidak perlu bersusah payah memotong bahan seperti bawang, cili dan sebagainya.

Baca juga: Cara Simpan Cili Padi Tahan Berminggu-Minggu Dalam Peti Ais, Paling Senang Nak Buat!

CARA BUAT PES NASI GORENG, SENANG NAK MASAK

PES NASI GORENG

Kalau nak cuba buat pes nasi goreng, ini resepi penuhya.

Bahan-bahan:

  • 20 cili padi hijau
  • 7 cili besar merah
  • 5 biji bawang besar
  • Selabu bawang putih
  • Ikan bilis dua genggam
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar dan bawang putih sehingga hancur.

2. Kemudian, tumbuk segenggam ikan bilis yang sudah direndam dalam air.

3. Seterusnya, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga kering serta pecah minyak.

4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya mengikut cita rasa anda.

5. Masak sehingga elok kejadiannya dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

6. Bila nak guna, boleh masukkan pes, ayam, sayur dan telur.

Mudah sahaja kan? Pes nasi goreng sudah pastinya akan menjimatkan masa anda. Bila-bila masa sahaja suami dan anak boleh minta nak makan nasi goreng.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Berlemak & Lembut, Sekali Cuba Mesti Teringat!

Sumber: Facebook Resepi Harian & Ciksu Said

Kredit imej: CJ Eats Recipes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×