Setiap kali pulang ke kampung, antara hidangan sarapan yang wajib disediakan nenek adalah nasi goreng kunyit. Aromanya yang sangat kuat akan membuatkan sesiapa sahaja berselera walaupun hidangan nasi goreng ini sangat minimalis.
Tidak memerlukan bahan yang banyak, nasi goreng kunyit ini boleh juga disediakan sendiri tanpa anda perlu pulang ke kampung. Yang penting, bila anda ikut resepi yang dikongsikan ini, rasa nasi goreng tersebut akan sama macam nenek masak!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Nampak Biasa Tapi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang!
NASI GORENG KUNYIT OPAH, MACAM TAHU 90-AN
Bahan-bahan:
-Nasi sejuk
-Serbuk kunyit
-Cili kering
-Daun kari
-Bawang merah kecil
-Ikan bilis
-Garam, gula
Cara-caranya:
1.Mula-mula, campurkan nasi sejuk bersama serbuk kunyit dan gaulkan sebati.Ketepikan sementara.
2.Potong 3-4 cili kering, satu tangkai daun kari, dan dua ulas bawang merah kecil.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini dahulu. Kalau nak tambah ayam atau seafood pun tak ada masalah.
4.Dalam masa yang sama, goreng ikan bilis di kuali asing sehingga garing.
5.Bila bahan tumisan dah garing, boleh masukkan nasi yang sudah digaul bersama kunyit itu ke dalam bahan tumisan.
6.Gaulkan dan perasakan dengan garam, gula.
7.Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi ke atas nasi. Setiap suapan nasi goreng yang dimakan bersama ikan bilis goreng memang terbaik!
*Menu semudah ini pun dah cukup untuk mengubat kerinduan suasana kampung terutama sekali makanan yang disediakan oleh nenek. Sedapnya!
Baca juga: Selain ‘BABI’, Ini 15 Perkataan Lain Di Dalam Produk Makanan Yang Bawa Maksud Sama!
Sumber: Nor Adlin Elina