Dapur

Tips Masak Nasi Goreng Versi Sihat, Perut Kenyang & Kesihatan Tubuh Pun Terjaga!

62
SHARES
tips masak nasi goreng sihat

Kali ini penulis ingin berkongsikan cara dan tips masak nasi goreng versi sihat, yang berbeza daripada perkongsian resepi nasi goreng sebelum ini. Nasi goreng merupakan hidangan mudah dimasak dan digemari orang ramai.

Meskipun begitu, ia dianggap sebagai sumber kolesterol tinggi kerana kandungan menunya yang kaya karbohidrat diolah dengan cara digoreng. Sebenarnya, proses penyediaan dan penggunaan bahan yang betul, boleh menjadikan makanan ini hidangan yang sihat. Berikut merupakan cara dan tips masak nasi goreng versi sihat. Jom cuba!

Baca juga: Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!

TIPS MASAK NASI GORENG VERSI SIHAT

tips masak nasi goreng sihat

Gambar: jcomp

1. Guna nasi semalam

Nasi lebihan yang dimasak hari semalam jangan dibuang. Selain elak pembaziran, ia juga dapat menyedapkan lagi hidangan nasi goreng anda.

Tambahan pula, menggunakan nasi yang baru dimasak akan menjadikan tekstur nasi goreng menjadi lembik. Begitu juga dengan nasi yang disimpan di dalam peti sejuk, ia akan bergumpal dan mengeras.

2. Pakai minyak baru

Cuba tidak menggunakan minyak yang pernah dipakai untuk menghindari pemanasan berulangkali. Hal ini kerana, minyak yang kerap diulang akan membuatkan lemak tidak tepu menjadi lemak tepu.

Jadi, guna lah minyak yang baru dan kuantitinya tidak terlalu banyak. Sebaiknya juga, pilihan minyak nasi goreng adalah minyak sayur atau minyak zaitun kerana kedua-duanya bermanfaat untuk mengurankan risiko penyakit jantung.

Baca juga: Khasiat Teh Bunga Raya Yang Pelbagai & Tak Disangka Orang Pun! Jom Amalkan

3. Minyak jangan terlalu panas berasap

Minyak yang dipanaskan pada suhu terlalu tinggi akan kehilangan nilai nutrisi, selain membuatkan masakan hangus dan tidak nikmat. Pastikan sewaktu memanaskan minyak ia tidak terlalu panas sehingga berasap.

Info lain, minyak zaitun memiliki titik panas yang rendah, di mana ia akan mengeluarkan asap dengan cepat biarpun dipanaskan sekejap. Boleh juga jadikan minyak bijan atau minyak jagung sebagai pilihan untuk memasak nasi goreng.

4. Elak guna marjerin atau mentega

Ada orang gemar menggunakan marjerin atau mentega sebagai penggantin minyak untuk menumis bahan nasi goreng. Secubanya dielakkan untuk memasak nasi goreng yang lebih sihat.

Hal ini kerana, mentega mengandungi lemak tepu tinggi sehingga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung. Manakala, marjerin mengandungi asid lemak trans dan sedikit lemak tepu.

Baca juga: Minum Air Rebusan Ini Bantu Hilang Kebas Kaki & Tangan, Serta Info Simptom Penyakit!

Tips masak nasi goreng versi sihat

Berikut merupakan tips berguna dari portal WOM mengenai cara masak nasi goreng versi sihat:

  1. Pastikan anda memilih bahan-bahan yang segar dan sihat.
  2. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Tumis bahan segar seperti bawang merah, bawang putih dan cili.
  3. Setelah itu masukkan nasi, kacau sehingga rata.
  4. Kemudian tambahkan sayur-sayuran sihat seperti lobak merah.
  5. Pastikan sayuran lebih banyak digunakan berbanding dengan daging olahan seperti sosej dan sebagainya.
  6. Elakkan penggunaan perencah nasi goreng dan sebagainya kerana ia mengandungi kadar garam tinggi dan bahan pengawet yang tidak menyihatkan.
  7. Jika anda menggunakan daging ayam, sebaiknya pilih bahagian dada di bandingkan dengan bahagian paha yang mengandungi lebih banyak lemak dan jangan lupa buang kulitnya.
  8. Jika anda menggunakan telur, sebaiknya ambil putih sahaja, kerana kuning telur mengandungi kalori tiga kali ganda berbanding putih telur.
  9. Bagi melengkapkan gaya masak nasi goreng anda, taburlah bawang goreng di atasnya.

Baca juga: Selalu Ada Dalam Spageti, Rupanya Daun Lemuju (Oregano) Boleh Jadi Ubat Batuk!

Sumber: Woman Online Magazine

FT Image: SERGE_BERTASIUS/ISTOCK /GETTY IMAGES PLUS / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×