Cantik

Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!

1
SHARES
khasiat kuaci biji labu

Masalah yang sering dialami lelaki iaitu rambut cepat menipis dan jarang sehingga kebotakan bukan lah perkara yang asing lagi. Menurut Doktor Rizal Abu Bakar, khasiat kuaci biji labu boleh membantu dalam melebatkan rambut semula.

Kalau nak tahu bagaimana kuaci biji labu boleh melebatkan rambut, ikuti perinciannya di bawah!

Baca juga: Khasiat Teh Bunga Raya Yang Pelbagai & Tak Disangka Orang Pun! Jom Amalkan

KHASIAT KUACI BIJI LABU

khasiat kuaci biji labu

Gambar: KamranAydinov

Rambut cepat menipis tak? Nak tahu sebab? Atau nak tahu cara nak atasi?

Mesej ini khas untuk abang abang. Akak akak pun kena ambil berat juga. Orang lelaki hilang zink lebih cepat berbanding perempuan.

Apabila stres, tubuh abang gunakan lebih banyak zink sebabkan jumlah zink dalam tubuh menurun. Kurang zink sebabkan rambut menipis,  jadi jarang. Akhirnya hilang.

Cara mudah tingkatkan zink ialah ambil kuaci dari biji labu. Jadikan kuaci labu sebagai snek. Jom abang abang kita baiki diri. Ambil kuaci labu sebagai benteng tangani stres. Lebatkan rambut balik.

Baca juga: Minum Air Rebusan Ini Bantu Hilang Kebas Kaki & Tangan, Serta Info Simptom Penyakit!

Kelebihan lain kuaci biji labu

Ada tak kebaikan lain? Huish banyak sangat. Contohnya kuaci biji labu ini kaya juga dengan antioksida macam carotenoids. Ada riboflavin dan folate.

Kajian di Food Research International tahun 2009 pula kata bagus untuk lawan kanser. Antara yang disebut ialah kanser perut, payudara, paru paru, prostate dan colon. Baguskan.

Kuaci ini juga kaya dengan magnesium. Penting magnesium ini untuk bantu tidur. Tapi magnesium juga penting untuk:

  1. Kawal tekanan darah (Cochrane Database Syst Rev. 2006)
  2. Kurangkan risiko sakit jantung (American Heart Journal. 2010)
  3. Bentuk dan jaga kesihatan tulang (Journal of the American College of Nutrition. 2009)
  4. Kawal gula dalam darah (Magnesium research, 2011)

Dahsyat kesan dia. Kuaci biji labu nampak saja kecil. Tapi kuasa nutrisi dia besar ya aat. Sesuai sangat buat kudapan.

Baca juga: Selalu Ada Dalam Spageti, Rupanya Daun Lemuju (Oregano) Boleh Jadi Ubat Batuk!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: azerbaijian_stockers / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×