Sebenarnya, biji labu adalah makanan yang kaya dengan khasiat terutamanya buat lelaki perkasa di luar sana. Malah, biji labu ini seharusnya menjadi makanan wajib bagi orang lelaki. Nak tahu kenapa? Ikuti perincian lanjut mengenai khasiat biji labu untuk kesihatan lelaki seperti disiarkan Helo Medik.
Baca juga: Beza Panjang Zak** Abang Semasa Ereksi, Kenali Fenomena ‘Grower & Shower’!
KHASIAT BIJI LABU UNTUK LELAKI
1. Kualiti sperma lelaki meningkat
Biji labu yang tinggi kandungan zink, dipercayai boleh meningkatkan kualiti sperma.
Di mana, secawan biji labu (144 gram) mengandungi 11 miligramn zink iaitu lebih 170% daripada keperluan harian zink dicadangkan kepada lelaki dewasa di Malaysia.
Tambahan pula, paras zink yang rendah dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah dan meningkatkan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki.
2. Baik untuk kesihatan prostat
Hiperplasia prostat benigna (BPH) adalah keadaan kelenjar prostat membesar dan boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan di salur kencing.
Di mana, biji labu dipercayai makanan yang baik untuk kesihatan prostat seperti melegakan simptom-simptom BPH.
Hal ini kerana, terdapat kajian dijalankan terhadap 47 orang lelaki yang menghidap BPH dan mendapati pengambilan minyak biji labu boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit tersebut. Malah, boleh meningkatkan kualiti hidup.
Baca juga: Penyakit PSORIASIS Beza Dengan Ekzema, Sel Kulit Baru Lebih Cepat Terhasil Dari Orang Biasa!
3. Kesihatan pundi kencing
Biji labu juga baik untuk kesihatan pundi kencing lelaki.
Satu kajian telah dijalankan terhadap 45 orang lelaki dewasa berusia 40 tahun ke atas. Hasil kajian mendapati ekstrak minyak biji labu berkesan untuk mengurangkan simptom-simptom berkaitan pundi kencing yang terlebih aktif, seperti berikut:
- Rasa ingin kencing secara tiba-tiba dan sukar dikawal
- Kerap kencing lebih 8x sehari
- Bangun lebih 2x pada waktu malam untuk kencing
- Terkencing semasa rasa ingin kencing atau batuk atau ketawa
4. Mengurangkan risiko kanser prostat
Selain itu, biji labu juga berpotensi mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian makmal telah menguji ekstrak biji labu terhadap sel-sel kanser prostat dan mendapati ekstrak tersebut boleh mencegah pembesaran sel-sel kanser sekitar 40-50%.
Baca juga: Dr. Pesan Pesakit EKZEMA Kena Kerap Sapu ‘Moisturizer’ Berbanding Krim Steroid, Sebabnya…
Rumusan
Ternyata, biji labu mengandungi pelbagai khasiat yang bagus untuk orang lelaki. Jadi, para lelaki di luar sana, anda harus menjadikan biji labu sebagai makanan harian atau pilihan kerana kemampuannya menjaga kesihatan prostat dan meningkatkan kualiti sperma.
Baca juga: Sakit Pedih Ulu Hati Sangkakan Gastrik, Rupanya Ada BATU HEMPEDU Dalam Pundi!
Sumber: Helo Medik
FT Image: rawpixel.com / credihealth