Sebaik-baiknya, bau sperma sama dengan bau peluntur pakaian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang boleh mempengaruhi bau sperma, dari makanan hingga gangguan perubatan tertentu. Justeru itu, teruskan bacaan untuk mengetahui jenis bau sperma yang normal atau sebaliknya.
Baca juga: Selain Untuk Mood Seksual, Ada 3 Khasiat Tongkat Ali Pada Cik Suami, Memang Padu!
BAU SPERMA YANG NORMAL YANG MANA?
Setiap orang mempunyai bau sperma yang berbeza, dari diet, kebersihan hingga kehidupan seksual. Jika sperma berbau kuat dan disertai dengan gejala lain, anda mungkin perlu berjaga-jaga.
Makanan atau minuman yang diambil seseorang seperti makanan berasid, boleh menjejaskan bau sperma. Apabila mengambil terlalu banyak makanan atau minuman berasid, bau sperma boleh menjadi sangat mengganggu.
Kebanyakan orang mempunyai bau sperma yang tidak begitu dominan. Jika ia terasa sangat menyengat dan mengganggu, ini boleh menjadi tanda masalah perubatan atau kebersihan yang kurang terjaga.
Berikut adalah beberapa jenis bau sperma dan maksudnya:
Baca juga: Manfaat Baca Surah Al-Fiil, Ikhtiar & Penawar Penyakit Manusia Terutama Kanser!
1. Berbau seperti klorin
Secara umumnya, bau sperma adalah seperti klorin, amonia atau produk peluntur pakaian. Hal ini terjadi, kerana ada enziim, protein dan mineral yang wujud dalam air mani. Di mana, kebanyakan bahan ini adalah beralkali, bermakna tahap pH-nya melebihi angka 7.
Beberapa bahan yang bersifat alkali dalam air mani termasuk magnesium, kalsium, kuprum, zink dan sulfur. Tahap pH yang sihat untuk sperma ialah 7.2 hingga 8.0. Disebabkan itu, bau klorin menandakan bau sperma yang sihat.
Namun, aroma ini boleh berubah selepas seseorang melakukan hubungan seksual. Penembusan zakar ke dalam faraj yang pHnya berasid menjadikan air mani juga berasid, dengan tahap pH antara 3.8-4.5. Walau bagaimanapun, perubahan bau ini hanya sementara.
2. Bau hanyir atau telur busuk
Sperma yang berbau hanyir atau seperti telur busuk menandakan keadaannya tidak normal. Beberapa perkara yang menyebabkan sperma berbau busuk termasuk:
- Makan makanan seperti bawang putih, asparagus dan daging
- Mengambil kafein seperti minum terlalu banyak kopi
- Minum terlalu banyak alkohol
Sekiranya selepas berhenti mengambil jenis makanan dan minuman tertentu sperma masih berbau hanyir, ini boleh menjadi tanda penyakit kelamin, seperti:
- Trichomoniasis – jangkitan yang menyebabkan gatal-gatal dan sensasi terbakar disertai dengan keluarnya cairan dari zakar
- Gonorrhea – jangkitan kuman yang disertai dengan gejala sensasi terbakar ketika buang air kecil, skrotum gatal dan cecair hijau atau kuning keluar dari zakar
- Prostatitis – keadaan keradangan kelenjar prostat akibat jangkitan kuman. Gejala terdiri daripada air kencing berdarah, ejakulasi yang menyakitkan, hingga peningkatan kekerapan membuang air kecil.
3. Sperma berbau manis
Makanan tertentu boleh menjadikan sperma mempunyai aroma yang manis. Pengambilan buah adalah salah satu punca sperma berbau harum.
Beberapa buah yang boleh membuatkan sperma berbau manis termasuklah nanas, oren dan betik. Sesetengah rempah seperti biji pala dan kayu manis juga boleh mengeluarkan aroma manis daripada cecair mani anda.
Baca juga: 9 Khasiat Labu Kuning Yang Luar Biasa, Terutama Pada Wanita Hamil!
TIPS MENGHILANGKAN SPERMA BERBAU
Cara untuk menghilangkan bau sperma yang mengganggu anda adalah dengan mengelakkan faktor pencetus. Misalnya, sperma yang berbau hanyir atau seperti telur busuk mungkin disebabkan oleh pengambilan bawang putih, daging atau kopi. Cuba elakkan makanan ini dan lihat jika ada perubahannya.
Selain itu, berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan bau sperma yang kuat:
- Rajin membersihkan zakar
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Hadkan minum minuman beralkohol dan mengandungi kafein
- Gunakan pelindung (kondom) semasa melakukan hubungan seks
Kesimpulan
Ciri-ciri sama ada sperma baik atau tidak boleh dianalisis dari bau sperma yang anda keluarkan ketika pancut (ejakulasi). Oleh itu, penting untuk mengetahui bau air mani yang normal dan tidak.
Jika bau sperma sangat kuat sehingga mengganggu anda, segera dapatkan nasihat doktor. Lebih-lebih lagi jika anda telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan bau sperma yang kuat tetapi tidak berjaya.
Sumber: Ketahui 4 Punca Zakar Rasa Gatal, Itu Yang Terkeruk-Keruk Sebab Menggaru!
Baca juga: Sehat Q
FT Image: freepik