Sihat

Selain Untuk Mood Seksual, Ada 3 Khasiat Tongkat Ali Pada Cik Suami, Memang Padu!

3
SHARES
khasiat tongkat ali

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah tumbuhan golongan afrodisiak yang boleh membantu meningkatkan stamina dan libido untuk lelaki. Kalau nak tahu, terdapat banyak lagi khasiat tongkat ali untuk lelaki.

Antaranya ialah merawat disfungsi erektil, ketidaksuburan lelaki dan meningkatkan prestasi sukan. Jom, baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: Ketahui 4 Punca Zakar Rasa Gatal, Itu Yang Terkeruk-Keruk Sebab Menggaru!

KHASIAT TONGKAT ALI UNTUK LELAKI

khasiat tongkat ali

Gambar: wikimedia

1. Meningkatkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki

Tahap testosteron rendah boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya disebabkan:

  • Penuaan
  • Kemoterapi atau rawatan radiasi
  • Beberapa jenis ubat
  • Kecederaan atau jangkitan pada buah zakar
  • Penyakit tertentu, seperti alkoholisme kronik dan apnea tidur

Tahap testosteron yang tidak mencukupi boleh menyebabkan libido rendah, disfungsi erektil dan dalam beberapa kes ketidaksuburan lelaki. Sebatian dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan testosteron rendah, jadi ia boleh membantu mengatasi masalah ini.

2. Bantu menangani tekanan

Tongkat ali boleh mengurangkan hormon tekanan dalam badan, seterusnya mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan mood. Kajian yang diterbitkan di National Library of Medicine, Amerika Syarikat menyatakan bahawa Tongkat Ali pernah digunakan sebagai ramuan ubat untuk merawat gangguan kecemasan.

Berhubung dengan kecergasan dan aktiviti seksual, tekanan dan kebimbangan sebenarnya boleh mengganggu keinginan seksual. Boleh jadi Tongkat Ali yang boleh mengurangkan tahap tekanan juga berperanan membangkitkan keinginan seksual lelaki.

Baca juga: Hati-Hati 7 Jenis Penyakit Keturunan Yang Boleh Diwarisi Anak, Segera Dapatkan Rawatan!

3. Meningkatkan jisim otot

Tongkat Ali juga dikatakan dapat meningkatkan prestasi atlet dan meningkatkan jisim otot. Ini kerana Tongkat Ali mengandungi sebatian yang dipanggil quassinoids, termasuk eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone yang mempunyai pelbagai manfaat.

Antaranya, membantu badan menggunakan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan keletihan dan meningkatkan daya tahan.

Tongkat ali juga boleh bertindak sebagai bantuan ergogenik, iaitu bahan yang mampu meningkatkan prestasi fizikal dan memperbaiki komposisi badan, termasuk meningkatkan jisim otot.

4. Membantu melawan kanser

Tongkat ali juga boleh membantu melawan kanser. Sebatian dalam tumbuhan ini boleh membunuh sel-sel kanser paru-paru dan serviks.

Manakala bagi lelaki pula, sebatian yang terkandung dalam Tongkat Ali boleh melawan sel kanser prostat.

Baca juga: 7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!

Sumber: Halo Doc

FT Image: Global Market Research

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×