Dapur

Ini 7 Manfaat Makan Telur Ayam Kampung, No. 6 Tu Orang Lelaki Paling Suka!

17
SHARES
manfaat ayam kampung

Manfaat ayam kampung yang kaya dengan pelbagai kebaikan sudah tentu dapat membantu memenuhi keperluan khasiat harian seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Malah, kandungan khasiat dalam telur ayam kampung boleh memberikan manfaat penting pada kesihatan.

Selain sebagai sumber protein yang berkualiti, telur ayam kampung juga mempunyai vitamin B1, omega-3 dan antioksidan. Justeru, mari ikuti manfaat ayam kampung kepada kesihatan seperti disiarkan Hello Sehat.

Baca juga: Ini ‘List’ Makanan Manusia Tak Boleh Bagi Kucing Makan, Hati-Hati!

MANFAAT AYAM KAMPUNG

manfaat ayam kampung

Gambar: azerbaijan_stockers

Telur ayam kampung dipercayai lebih sihat dan berkhasiat dari telur ayam domestik kerana cara pemeliharaan ayamnya yang lebih semula jadi. Ayam kampung hidup bebas tanpa kandang dan mengambil makanan semulajadi seperti cacing dan bijirin.

Oleh kerana itu, anda boleh memperoleh pelbagai manfaat kesihatan dengan makan telur ayam kampung. Berikut adalah 7 manfaat ayam kampung yang boleh anda perolehi dari telur ayam kampung:

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Makan telur ayam kampung memberi manfaat untuk meningkatkan kadar HDL (high density lipoprotein) hingga 10 peratus. Di mana, HDL merupakan jenis kolesterol yang baik bagi tubuh.

Peningkatan HDL yang lebih tinggi di dalam tubuh dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) sehingga mengurangi risiko serangan jantung, strok dan penyakit jantung yang lain.

Pada telur juga mengandungi kolin yang memiliki fungsi penting dalam proses pemecahan amino acid homocysteine, iaitu zat yang berpengaruh menimbulkan gangguan pada jantung.

2. Mencegah katarak mata

Kuning telur ayam kampung mempunyai vitamin A, lutein, dan zeaxanthin yang membekalkan pelbagai manfaat. Di mana, vitamin A sudah diketahui untuk mengoptimumkan penglihatan.

Manakala, lutein dan zeaxanthin merupakan antioksidan yang aktif bekerja pada retina mata. Kekurangan lutein dan zeaxanthin dapat meningkatkan risiko penyakit katarak, degenerasi makula dan mempercepatkan penuaan mata.

3. Mengoptimumkan fungsi otak

Kolin pada telur ayam kampung dapat membantu menjaga kesihatan otak. Ia berfungsi untuk mengoptimumkan penghasilan sel-sel otak serta membina membran sel yang berfungsi menghantarkan isyarat pada otak.

Dalam sebiji telur ayam kampung, mengandungi lebih kurang 100 gram kolin. Beberapa vitamin dan mineral lain yang terdapat pada telur juga membantu otak dan sistem saraf bekerja dengan lebih efektif.

4. Menyokong perkembangan sel

Telur merupakan salah satu sumber protein berkualiti tinggi. Protein adalah zat yang sangat penting dalam pembentukan sel tubuh sehingga bermanfaat untuk kesinambungan organ bekerja.

Pada protein terdapat asid amino yang memiliki fungsi penting untuk mengoptimumkan perkembangan struktur sel, sekaligus membantu sel agar boleh menjalankan fungsinya dengan baik.

Jumlah asid amino yang terdapat dalam telur ayam kampung juga sesuai dengan yang diperlukan tubuh. Kesannya, tubuh secara langsung mendapatkan seluruh manfaat dari protein.

Baca juga: AWAS! Ada 9 Jenis Buah Berisiko Mengancam Kesihatan, ‘Favourite’ Orang Ramai Pun Ada

5. Mengurangkan paras kolesterol jahat

manfaat ayam kampung

Gambar: Freepik

Telur ayam kampung mengandung kolesterol yang tinggi sama seperti telur biasa. Namun, kolesterol dalam telur ayam kampung tidak semestinya meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh.

Hal ini kerana, tubuh mampu menyeimbangkan jumlah kolesterol yang berasal dari makanan. Selain itu, telur ayam kampung mengandungi asid lemak omega-3 yang biasanya banyak terdapat pada minyak ikan.

Omega-3 dapat menurunkan kadar trigliserida iaitu komponen kolesterol jahat yang berisiko menyebabkan penyakit jantung.

6. Membina jisim otot

Selain sumber protein, telur ayam kampung juga memberi manfaat untuk membina jisim otot sekaligus menguatkan otot. Protein diketahui mengandung asid amino. Setelah telur ayam kampung masuk ke dalam tubuh, kandungan protein pada telur ayam akan berpecah menjadi asid amino.

Otot kemudian akan menyerap kandungan asid amino ini untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan. Sekiranya pengambilan protein tidak cukup, otot boleh rosak secara perlahan dan menimbulkan kesakitan.

7. Membantu menurunkan berat badan

Kandungan protein yang tinggi pada telur bukan perkara rahsia lagi. Protein merupakan makronutrien yang boleh memberikan kesan kenyang lebih lama setelah diambil.

Hal ini tentunya dapat memengaruhi jumlah kalori tambahan dari mengambil makanan lain. Makan makanan yang mengenyangkan dapat mengurangi keinginan untuk makan makanan lain yang mengandungi kalori lebih tinggi.

Maksudnya, mengambil telur sewaktu diet dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan lain dalam jumlah yang lebih besar.

Kesimpulan

Telur ayam kampung merupakan salah satu sumber protein berkualiti yang dilengkapi pelbagai manfaat. Namun begitu, anda tetap perlu memperhatikan jumlah dan frekuensi pengambilan telur ayam kampung agar tidak berlebihan.

Ini kerana telur mengandungi kolesterol tinggi sehingga boleh membahayakan kesihatan jantung sewaktu diambil dalam jumlah besar.

Baca juga: Bukan Senang Nak Kurangkan Garam Ketika Makan Di Luar, Guna Tips Dari Pakar Nutrisi Ini!

Sumber: Hello Sehat

FT Image: KamranAydinov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×