Dapur

Telur Oh Telur…Ini Cara Pilih Telur Ayam Segar Macam ‘Pro’ Tanpa Perlu Goncang, Tengok Luar Je!

18
SHARES
telur ayam

Pernah tak apabila anda pergi ke pasar raya untuk membeli telur ayam tapi secara tiba-tiba rambang pula mata apabila tengok banyak sangat pilihan? Sudah cuba teknik goncang telur untuk ketahui yang mana merupakan telur segar tapi masih tak pasti.

Jadi, kalau tak mahu menggunakan teknik goncang telur untuk mengetahui telur itu segar atau tidak, anda boleh cuba pula teknik ‘pro’ yang dikongsikan ini iaitu hanya pemerhatian dari luar sahaja. Senang!

Baca juga: Ibu Kongsi Menu Bekal ‘Wow’ Untuk Anak Sekolah Menengah Atas, Kawan-Kawan Pun Nak Rasa!

NAK PILIH TELUR AYAM SEGAR TAPI TAK TAHU? TENGOK WARNA KULIT

telur ayam

Berdasarkan perkongsian dari Facebook Mamana Zahara, dia mengatakan bahawa tips memilih telur selain dengan menggoncang hanyalah perlu dilihat melalui warna kulit telur.

1.Telur sangat baru

Warna agak putih seperti ada lapisan tepung di kulit.

2.Telur baru

Warna sedang. Tidak putih dan tidak terlalu coklat.

3.Telur lama

Warna coklat tua dan berkilat.

Tips tambahan:

Beli telur dari tempat yang sejuk: Pastikan telur disimpan di tempat yang sejuk di pasar raya.

-Simpan telur dengan betul: Setelah membeli telur, simpan di dalam peti sejuk di bahagian rak, bukan di pintu peti sejuk.

telur ayam

*Semoga tips ini membantu anda memilih telur yang segar dan berkualiti!

Baca juga: Resepi Loaded Nachos Cheese Viral ‘Kegilaan’ Ramai, Buat Sendiri Tak Payah Beratur Lama Dah!

Sumber: Mamana Zahra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×