Setiap kali berkunjung ke restoran bersama anak-anak kecil, pasti mak ayah akan penat mengawal mereka ke sana ke mari. Kadang-kadang, nak makan pun tak sempat! Tapi, jangan risau kerana ada perkongsian yang sangat bijak dari warga maya iaitu trik kupas telur rebus supaya anak duduk diam.
Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran ramai namun teknik ini dikatakan sangat berkesan apabila anak-anak berjaya untuk duduk diam selama 15 minit dan ke atas. Menarik!
Baca juga: 10 Personaliti Anak Lahir Bulan September, Digelar ‘Perfectionist’ & Susah Jatuh Sakit
TRIK BAGI ANAK DUDUK DIAM, SURUH KUPAS TELUR REBUS!
“Aku belajar trick ini dengan patient. Bagi anak kupas telur rebus dekat kedai. Ketuk sikit je pastu bagi diorang sibuk kupas. Ke mana ending telur tu lain cerita lah. Tapi 10-15 minit tak kurang la diorang sibuk.”
Menurut pakar, aktiviti sebegini bagus untuk sensori anak-anak. Anak berusia setahun setengah dah boleh diberikan dan didedahkan dengan aktiviti seperti ini. Sambil kupas, ibu ayah boleh bersembang dengan anak-anak mengenai kejadian ayam yang asalnya daripada telur akan menetas menjadi seekor ayam dan boleh selitkan kejadian ini dicipta oleh Allah yang Maha Pencipta.
Daripada aktiviti semudah kupas kulit telur rebus, anak-anak sudah didedahkan dengan pelbagai ilmu untuk perkembangan mereka. Perkembangan yang terlibat bukan sahaja perkembangan fizikal semata-mata tetapi perkembangan bahasa semasa ibu ayah bercerita dan bersoal jawab dengan anak-anak, perkembangan sosio emosi di mana selesai anak-anak berjaya mengupas kulit telur mereka sudah tentu rasa seronok, puas dan bangga dengan diri mereka sendiri kerana berjaya selesaikan tugasan yang diberi!
Ini juga dapat tingkatkan keyakinan diri anak-anak. Bagi ibu ayah pula, sambil anak beraktiviti, jangan lepas tangan pula iaitu bermain telefon bimbit! Kalau ada hal untuk diselesaikan boleh tetapi kalau boleh, sertai aktiviti bersama-sama anak semasa mengupas telur sambil menunggu makanan di kedai siap.
Tidak ketinggalan, ada juga dalam kalangan ibu yang berkongsikan tips lain yang dapat dari ibu mentua sendiri.
“Saya tengok trik mentua saya buat. Bila dia jaga cucu bawa pergi makan kedai dia akan tuang ais dalam pinggan. Ralit cucu tu main ais, langsung tak meragam. Test dekat anak sendiri dan anak saudara pun sama ralit je mereka langsung tak buat perangai. Kita pun boleh makan dengan tenang!”
*Jom cuba untuk anak-anak sendiri! Tak mengapa kalau akhirnya telur tersebut dipenyet dan hancur, yang penting mereka belajar.
Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!
Sumber: X @alepzaki