Apabila anak sudah berusia 3 tahun ke atas, tiba masanya untuk ibu bapa membuat pilihan untuk menghantar anak-anak ke tadika yang bersesuaian. Salah satu tadika yang menjadi pilihan popular semasa tahun 90an adalah tadika PASTI yang mengutamakan pembelajaran agama seterusnya akademik.
Kini, mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah lupa dengan tadika PASTI namun rupanya kegemilangannya masih menjadi buah mulut. Tambah pula selepas video yang tular di laman Tiktok ini, tadika PASTI akan menjadi pilihan buat anak-anak!
Baca juga: JKM Cari Ibu Kandung/Waris Adrian Rayyan, Bayi Yang Ditinggalkan Di Dobi Mac Lalu
TELATAH KANAK-KANAK TADIKA PASTI NAIK KAPAL TERBANG CURI TUMPUAN!
Terbaharu, ada satu perkongsian video di laman Tiktok yang mencuri hati orang ramai apabila memaparkan sekumpulan kana-kanak comel tadika PASTI menaiki kapal terbang. Kanak-kanak seramai dalam 20 orang tersebut merupakan murid tadika PASTI Tawau diiringi barisan guru, dipimpin masuk ke dalam kapal terbang dengan jayanya.
Menurut komen dari saudara Hafizul Hadzir yang merupakan pengacara bagi majlis yang dihadiri kanak-kanak PASTI tersebut, mereka dalam perjalanan dari Sabah ke Pulau Pinang untuk berentap mewakili Sabah dalam Kejohanan Sukan BSBJ PASTI.
“Ya Allah aku menangis tersedu tengok sebab terbayangkan pengorbanan guru, ajk, waris dan semua untuk menghantar PASTI Sabah ke Pulau Pinang untuk BSBJ PASTI Malaysia. Aku jadi mc waktu acara perbarisan. Aku umum kontinjen Sabah masuk macam nak pecah suara sebab terlalu bangga. Tahniah dan terima kasih semua. Semoga anak-anak ini membesar soleh solehah..”
Ternyata, bukan mudah untuk membawa sekumpulan kanak-kanak kecil ini berjalan jauh, tambah pula mewakili negeri sendiri dalam kejohanan PASTI. Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memuji malah berkongsikan pengalaman positif menghantar anak-anak sendiri ke tadika PASTI.
“Anak saudara masuk pasti tahun ni terkejut dengan perkembangan beliau. PASTI ni bagus sebab cara mereka belajar memang unik. Kejar akhirat maka dunia PASTI akan ikut..”
“Saya hantar anak mengaji PASTI umur 4 tahun…umur 6 tahun dah katam Quran, boleh baca jawi lancar. Sekarang abah dia dah meninggal dia, dah boleh baca tahlil untuk abah dia..”
*Buat anda yang tercari-cari tadika mana yang ingin menghantar anak-anak belajar dunia dan akhirat, mungkin ini masanya untuk mempertimbangkan tadika PASTI untuk masuk dalam senarai pula!
Baca juga: Anak Diejek & Malu Pakai Beg Sekolah Koyak, Bapa Tebalkan Muka Mohon Bantuan Beg Terpakai
Sumber: Tiktok @PASTITAWAUOfficial