Asuh

Anak Diejek & Malu Pakai Beg Sekolah Koyak, Bapa Tebalkan Muka Mohon Bantuan Beg Terpakai

2
SHARES
beg sekolah

Beg sekolah merupakan kelengkapan penting bagi setiap anak-anak yang bersekolah. Namun tidak semua anak dapat memiliki beg sekolah yang cantik kerana kurang berkemampuan dan terpaksa guna apa yang ada, termasuk beg koyak dan lusuh.

Baru-baru ini, tular di Facebook hantaran seorang aktivis yang dikenali sebagai Syed Azmi mendedahkan seorang bapa terpaksa menebalkan muka dan meminta bantuan kerana tak mampu untuk menggantikan beg anaknya yang koyak. Apa yang menyedihkan adalah, si bapa hanya meminta bantuan beg baru untuk anak tanpa meminta bantuan kewangan lain sedikit pun..

Baca juga: Jatuh Kerusi Akibat Ditarik Rakan Sekolah, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang

BEG SEKOLAH KOYAK, ANAK MALU KE SEKOLAH…SI AYAH MOHON BANTUAN

beg sekolah

Keadaan beg sekolah koyak.

Berikut merupakan perkongsian luahan seorang ayah kepada Tuan Syed Azmi semasa memohon bantuan yang membuatkan ramai sebak.

“Assalamualaikum ..Tuan Syed ,bolehkah saya ingin memohon bantuan beg skolah until anak saya ? Beg terpakai pun tak mengapa ,untuk anak lelaki saya darjah dua ..anak pertama dari 5 beradik . Berumur 8tahun , begnya dah teruk sangat koyaknya nak tunggu saya gaji 15hb lambat lagi .. hari-hari asyik mintak tukar beg malu pada kawan kawan. Ibunya nak jahitkan ,tetapi bila tengok keadaan beg belah dalam pun dah agak tipis ..bawak buku sekolah sekarang boleh tahan berat.”

Dia seorang yang lasak dan aktif, dan dia suka warna gelap ,contoh hitam ,kelabu gelap ,biru gelap ,dia sejenis yang suka memberontak apabila tidak dapat apa yang dia nak lagi-lagi bila beg dia koyak. Dia malu sebab diejek kawan kawan. Nanti balik dia mesti mintak pada ibu dia beg baru ..beli yang murah pun tak mengapa katanya. Janji dia dapat tukar dan tidak malu lagi pakai beg lama tu. Dia tidak cerewet jenis macam mana pun janji dia tak suka gambar kartun sahaja .. Mana tahu ada rezeki anak saya dari Tuan Syed ..jika ada yang ingin berikan beg terpakai pun kami terima.”

Bapa tiada kerja tetap, rasa harga barang sekolah mahal

beg sekolah

Foto: Dah dapat beg sekolah baru!

Menurut laporan mStar, Syead Azmin berkata bapa kanak-kanak itu difahamkan telah melakukan beberapa pekerjaan seperti penghantar barang, kontraktor dan kini bekerja sebagai jurukimpal. Oleh kerana baru sahaja memulakan kerja, si bapa tersebut menyuarakan malu untuk meminjam duit dengan majikan.

“Gaji dia belum masuk dan baginya beg sekolah harganya sangat mahal. Jadi, dia utamakan dahulu keperluan lain yang lebih penting untuk keluarga”

Tambahnya, semangat budak itu untuk ke sekolah turut hilang kerana ejekan daripada rakan yang menyebabkannya bertanya tentang beg sekolah baharu kepada ibu dan bapanya. Begitu besar hati rakyat Malaysia apabila luahan ini mendapat bantuan selepas 4 minit ditularkan!

Selain daripada ramai yang mahu menghukurkan bantuan, ada juga yang berkongsi kesulitan yang sama dihadapi ketika membesar.

*Terima kasih buat anda yang menghulurkan bantuan, semoga adik ini semakin bersemangat untuk ke sekolah dan tidak diejek lagi oleh rakan sekolah yang lain.

Baca juga: Kewangan 2025 Diramal Agak ‘Keras’, Tarikh Buka Sekolah 2025 Rapat Dengan Hari Raya!

Sumber: Syed Azmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×