Melihat telatah mencuit hati kanak-kanak yang diketahui mempunyai jiwa suci ini, semestinya akan menghiburkan hati ramai orang yang menyaksikannya.
Begitulah dengan apa yang dipertontonkan pemilik Tiktok bernama Syafira Ramli ini kepada warga maya di laman sosialnya itu.
Baca juga: Jangan Mandi Air Suam, Antara 3 Kesilapan Ibu Bapa Sering Buat Bila Anak Demam!
MENCUIT HATI DENGAN CUBAAN ANAK BODEK ABAHNYA
Di mana, akaunnya @capieya94 telah memuat naik sebuah video yang memaparkan mesej suara aplikasi Whatsapp di antara anak lelakinya bersama lelaki yang digelar “abah” oleh kanak-kanak itu.
Menerusi perbualan tersebut, dapat didengari kanak-kanak lelaki itu dalam cubaan memujuk abahnya untuk membelikan sebuah beg yang mempunyai watak adiwira terkenal dari sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian.
“Sejak-sejak pandai scroll Shopee. Hari-hari ada saja permintaan dia. Paling penting kena pandai “kipas” abah. Menyala anak ku,” tulis Syafira Ramli di ruangan kapsyen.
Anak pandai beli hati bapaknya!
Setelah abahnya bersetuju untuk membelikan beg tersebut, siapa sangka gelagat kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang seterusnya telah mencairkan hati ramai warga maya.
Jelas kedengaran, suara anak lelaki Syafira Ramli yang sedang ‘membeli’ hati abahnya dengan ayat-ayat pujian sebagai tanda penghargaan setelah permintaannya dipenuhi.
“Terima kasih abah. Abang sayang abah. Sayanggg abah! Abah handsome abah baik” ujar kanak-kanak itu dengan nada suara yang manja.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Baca juga: Anak Sulung Rita Rudaini Pecah Rekod MSSD 20 Tahun Larian 100m, Tahniah!
@capieya94 Sejak2 pandai scroll shoppee. Hari2 ada saja permintaan dia. Yg penting kena pandai “kipas” abah. Menyala anak ku 🔥🔥🔥 😝😝😝😝😝 @Mamatdouble
Warga maya pun cair hati juga
“Kalau jadi bapa dia pun I melting (cair) anak cakap begini.
“Comelnyaaa ‘terima kasih abahh’.
“Nada main peranan eh hahaha.
“Ayah ayah memang mudah cair dengan anak. Mak mak saja kadang-kadang buat tak dengar hahaha.
“Bukan abah saja yang melting, semua yang dengar pun cair weyh.
“Kalau suara macam itu minta kita, kita sanggup beli 5 Kapten Amerika dekat dia,” antara komen warga maya yang turut sama cair dan terhibur dengar gelagat kanak-kanak itu.
Sehingga kini, video tersebut sudah hampir mencecah 300 ribu jumlah tontonan dan 16.2 ribu tanda suka.
Baca juga: Berakhirnya Pagi Tadi Perjuangan Bayi IVF Hadapi Sindrom Jarang Berlaku, Undang Sebak!
@capieya94 Replying to @mus. Ok dah terima. Terima kasih again abahh. Saiiiyyyaaangggg abah. 😂 @Mamatdouble
P/s: Pandainya dia membodek abahnya, siapa sahaja yang tak cair dengan telatah anak sendiri yang comel kan?
Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!
Sumber: Tiktok @capieya94
FT Image: Tiktok @capieya94