Hantaran seorang ibu yang ingin memastikan anaknya masih mempunyai pendidikan, biarpun tidak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini membuahkan hasil. Difahamkan, anak bujang kepada Puan Zeeda Aziz berjaya memiliki dua Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang jahitan dan berjaya mendapat kerja setelah sebulan lebih menamatkan pengajiannya.
Baca juga: Top 11 Atlet Jelita Olimpik Paris 2024, Yang No.5 Itu Bikin Hati Cair Bila Pandang!
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Menurut hantaran Zeeda yang ditulis pada 14 Ogos baru-baru ini, prestasi akademik anaknya Danish di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) semakin menyusut dengan ditambah situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu itu.
Akhirnya, dia mendapat tahu anaknya itu cenderung kepada bidang kemahiran dan bukannya akademik, sebelum dibawa keluar dari sekolah tersebut dan menempatkan Danish di kolej kemahiran.
Berkat usaha dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Danish, menjadikan anaknya itu menemui bidang kerjaya yang menjadi sebahagian minat dalam hidupnya pada hari ini.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Kisah Danish bermula di sini…
Posting ini untuk ibu bapa yang mempunyai anak tidak minat belajar (sekolah) atau tidak cemerlang akademik.
Dalam hal ini, anak saya Danish sebagai contoh, TIDAK mempunyai kelulusan SPM. Namun, dia memiliki dua Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang jahitan.
Alhamdulillah.. Danish dah mula bekerja.
Hanya sekali temu duga, dia diterima untuk bertugas sebagai Fashion Advisor di sebuah butik mewah di Selangor.
Gajinya juga, Alhamdulillah cukup baik, dan membolehkan dia untuk tinggal berasingan dan mula hidup berdikari.
Permulaan prestasi pelajaran anak menyusut di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Ibu bapa sekalian.
Tidak semua anak-anak ini minat dalam bidang akademik. Dari empat anak saya, dua mungkin cenderung akademik, dua lagi cenderung kemahiran.
Danish ini dulu pelajar sekolah sains berasrama penuh. Kemudiannya, kami bawa dia balik ke Sg. Petani dan bersekolah di sekolah berprestasi tinggi.
Namun prestasi pelajarannya semakin menyusut lebih-lebih lagi sewaktu PKP. Akhirnya, saya dapat tahu yang dia cenderung bidang kemahiran, bukannya akademik.
Baca juga: Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!
Keluarkan anak dari sekolah dan sambung di kolej
Ketika di tingkatan 4, kami keluarkan Danish dari sekolah dan tempatkan dia di Kolej KEDA, Sik Kedah. Di sinilah Danish belajar asas jahitan pakaian wanita (tahap 2).
*(Tuan puan boleh tengok program-program yang ditawarkan di kolej ini. Tenaga pengajarnya bagus dan sangat supportive. Highly recommended! Aktiviti untuk pelajar pun menarik. Kemenjadian pelajar adalah di tahap yang boleh dibanggakan).
Teruskan pengajian di GIATMARA dan berjaya dapat pekerjaan
Kemudiannya, anak saya menyambung pengajian di GIATMARA Kuala Lumpur, untuk mendalami bidang jahitan pakaian lelaki (tahap 2) pula.
Danish seronok belajar di sini sebab peserta datang dari pelbagai latar belakang dan umur. Peserta lebih tua dari mami ini pun ada.
Kursus ini hanya 6 bulan dan tamat pada bulan Jun tahun ini. Bulan Ogos, Danish berjaya mendapat pekerjaan.
Itupun anak saya hantar resume malam, pagi itu dah dapat panggilan temu duga. Seminggu selepas tu, Danish menerima tawaran kerja tersebut.
Graduan di bidang kemahiran Insya Allah cepat dapat pekerjaan.
Baca juga: Rumah Banyak Garam Tapi Pelik Mak Selalu Mintak Jiran, Rupanya Ada Nilai Orang Tak Tahu!
Pesanan buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak tidak minat belajar
Tuan puan..
Jangan rasa berputus asa jika anak anda tidak berminat dengan sekolah ataupun gagal akademik. Mungkin kecemerlangan mereka ada di tempat lain.
Duduklah berbual dengan anak, tanya apa minat mereka. Kalau tak tahu minat apa, PAKSA je lah.
Saya cakap PAKSA itu, kerana salah seorang graduan di Kolej KEDA tu adalah hasil paksaan ibu bapa. Sekolah tak nak. Minat tak ada. Sudahnya paksa saja anak itu masuk kolej dan ambil bidang yang nampak sesuai.
Tapi, elok pula dalam terpaksa belajar tu, menang pingat emas dalam World Skill Competition. Sekarang graduan tersebut bekerja dengan syarikat bertaraf antarabangsa.
Jadi, tak salah paksa apabila keadaan mendesak ya. Demi kebaikan masa depan mereka juga.
Usahlah bersungut andainya anak-anak tak menjadi seperti yang kita mahukan. Sebaiknya, kita fahamkan dulu apa kekuatan atau kecenderungan mereka.
Setiap manusia ada potensi. Setiap manusia ada fungsi. Insha Allah, sabar dan kefahaman kita tentang anak-anak akan menjadikan mereka insan yang berguna.
Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!
Sumber: Zeeda Aziz
FT Image: Zeeda Aziz / racool_studio