Asuh

7 Tips Belajar ‘Last Minute’ Buat Adik-Adik SPM & STPM, Ikut Cara Ini Baru Boleh ‘Score’!

46
SHARES
tips study last minute

Tidak semua pelajar boleh belajar saat akhir dengan berkesan jika tidak mengetahui teknik yang betul. Kalau nak tahu, terdapat 7 tips study last minute yang boleh diaplikasikan sebagai pecutan terakhir anda dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum tibanya hari peperiksaan nanti!

Jom lihat tips study last minute di bawah yang boleh dimanfaatkan oleh adik-adik, terutamanya anda yang bakal menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) nanti.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

TIPS STUDY LAST MINUTE

tips study last minute

Gambar: jcomp

1. Buat latihan yang banyak

Perbanyakkan buat latihan daripada soalan-soalan past year, soalan topikal dan soalan latihan yang pernah diberikan oleh guru. Semakin menghampiri hari peperiksaan, pelajar digalakkan untuk membuat latihan daripada membaca last minute.

Hal ini kerana, untuk membaca semua topik dalam jangka waktu yang singkat pastinya tidak sempat. Apabila kerap membuat latihan, secara tidak langsung pelajar dapat mengetahui isi-isi penting dalam sesuatu bab.

Paling penting, semasa membuat latihan pastikan pelajar juga tahu jawapan yang betul!

2. Baca dengan kerap bukan dengan lama

Cara untuk membaca dengan kerap adalah dengan mengadakan sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat supaya otak tidak letih. Contohnya, membaca buku dalam tempoh sejam dan rehat 45 minit.

Membaca dalam tempoh yang lama pula akan mendatangkan kebosanan dan tekanan pada pelajar. Malah, otak juga tidak akan segar, hilang fokus dan membuatkan pelajar sukar untuk memahami ilmu yang dibaca.

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

3. Baca dan kongsi dengan rakan

tips study last minute

Gambar: freepik

Selain itu, membaca sesuatu topik dan kemudiannya berkongsi kefahaman pelajar kepada rakan-rakan anda adalah salah satu cara berkesan untuk kaedah belajar saat akhir. Tubuhkan kumpulan belajar (study group) yang kecil!

Tambahan pula, hukum semula jadi manusia ialah pengulangan membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham.

Jika tiada orang di sekeliling, pelajar juga boleh bercakap di hadapan cermin untuk bantu menguatkan daya ingatan. Lagi banyak berkongsi, lagi cepat pelajar faham dan ingat.

4. Baca tips 

Dapatkan tips dan hints topik yang perlu dibaca. Lazimnya, input ini boleh diperolehi daripada guru yang mengajar subjek tersebut.

Pengajar anda pasti akan membantu dengan memilih topik penting yang kemungkinan akan keluar berdasarkan pemerhatiannya dari kertas-kertas ujian tahun sebelumnya.

Baca juga: Wahai Mama Papa..Ini 9 Animasi Yang ‘Confirm’ Tiada Unsur L*BT, Sesuai Untuk Anak Tonton!

5. Jauhkan diri dari dunia internet

Gambar: freepik

Laman media sosial dan televisyen adalah musuh utama pelajar yang ingin fokus belajar. Jadi, jauhkan diri dari dunia tersebut buat sementara ini.

Kalau ingin sekejap melayari internet, pastikan diri pelajar adalah disiplin untuk mematuhi peraturan diri yang anda tetapkan. Contohnya, menonton televisyen atau melihat media sosial dalam tempoh 30 minit sahaja.

Ingat, pelajar kena disiplinkan diri jika ingin kaedah belajar saat akhir ini membuahkan hasil yang menggembirakan di kemudiannya.

6. Jangan abai waktu tidur

Tidur yang mencukupi adalah sangat penting, terutamanya menjelang hari peperiksaan. Hal ini kerana, kurang tidur akan memberikan kesan pada tubuh pelajar untuk berfungsi dengan baik.

Antaranya, pelajar akan berasa keletihan dan tidak fokus. Malah, ada potensi besar untuk pelajar membuat kesilapan sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

Jadi, bahagikan masa belajar dan tidur dengan sebaiknya!

7. Makan makanan berkhasiat

Ambillah makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan salmon, kacang, coklat gelap, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega 3 serta fiber yang boleh meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir.

Jauhkan diri dari mengambil makanan ringan atau jajan, okay!

Baca juga: #ProjekMimpi: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah, Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

Sumber: eduBestari

FT Image: drobotdean

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×