Asuh

Wahai Mama Papa..Ini 9 Animasi Yang ‘Confirm’ Tiada Unsur L*BT, Sesuai Untuk Anak Tonton!

4
SHARES
kartun bagus untuk anak

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran melalui tontonan animasi yang dipenuhi dengan input berguna untuk menarik perhatian kanak-kanak. Hal ini termasuklah senarai kartun bagus untuk anak kecil seperti dikongsikan Puan Hanis Athirah Rusli.

Tambahan pula, senarai sembilan animasi berikut tiada mempunyai unsur negatif seperti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan sesuai untuk tontonan anak-anak kecil. Mari lihat kartun bagus untuk anak di bawah!

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

9 KARTUN BAGUS UNTUK ANAK

1. Numberblocks

Kalau nak anak-anak belajar Matematik sambil berhibur, inilah animasi yang terbaik! Saya harap sangat-sangat animasi ini kekal tiada unsur ini sampai bila-bila sebab memang kegemaran anak-anak.

Animasi dengan konsep watak mewakili setiap nombor begitu menarik. Animasi ini memberi konsep matematik dalam keadaan yang mudah dan seronok!

kartun bagus untuk anak

2. Bing

Animasi ini telah memenangi pelbagai Awards termasuk International Emmy Kids Awards. Animasi ini sesuai untuk perkembangan kanak-kanak pra sekolah.

3. Alif & Anis

Animasi kembar 2 beradik yang diinspirasikan dari watak Majalah Aulad. Animasi yang pasti menaik minat anak-anak dengan kisah, ragam dan pengajaran yang sesuai untuk anak-anak kecil.

kartun bagus untuk anak

Baca juga: 6 Idea Hias Bilik Tidur Anak Dengan Elemen Haiwan, Baru Ada ‘Vibe’ Safari!

4. Leo the Wildlife Ranger

Mengenalkan kanak-kanak kepada dunia haiwan dan kehidupan liar, serta mempelajari tentang habitat, spesies dan kepelbagaian alam semesta.

5. Riko

Animasi dari Indonesia ini dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Animasi ini menggabungkan unsur Sains, Fun dan Islamik.

6. Bubu Lala

Animasi lagu dan cerita pendek khas untuk kanak-kanak 2-5 tahun. Ada dimasukkan unsur-unsur Islamik. Lagu yang catchy dan pengajaran yang baik.

Antara tajuk lagu dan cerita adalah Mari Gosok Gigi, Jangan Putus Asa, Zoo, Kebersihan dan banyak lagi.

kartun bagus untuk anak

Baca juga: Pakar Kongsi Jumlah Kuantiti Makanan 6x Sehari, Dari Anak Usia 6 Bulan Hingga 6 Tahun!

7. Bibitsku

Lagu animasi ala-ala pixel dan game yang pasti mencuit hati anak-anak. Ada lebih 60 episod lagu yang boleh bagi anak-anak menyanyi dan menari sambil belajar bersama-sama.

Bibitsku ada dalam English dan Bahasa Malaysia.

8. Little Ammar

Pengganti utama kepada Cocomelon, ada baby dan keluarga. Tapi lagi best sebab Little Ammar ini buatan Malaysia, Islamik dan dibuat khas untuk kanak-kanak Islam.

Contoh tajuk lagu Little Ammar adalah Bismillah, Alif Ba Ta, Allah Tuhan Kita, Serangga Dalam Al-Quran, Tarian Haiwan dan banyak lagi! (Ada lebih 60 lagu).

kartun bagus untuk anak

9. Zehni

Sesuai untuk kanak kanak dari 4 – 8 tahun. Penuh dengan haiwan comel seperti zebra, harimau, biri biri dan banyak lagi sebagai karakter utama.

Tentang bagaimana mereka memastikan bumi ini kekal sihat, mengajar anak anak untuk menyayangi alam sekitar dengan menjaga kebersihan dan sayang pokok.

Baca juga: Berkhatan Cara Tradisional Anak Lelaki Era 90an & Tahun Sebelumnya, Jom Bernostalgia!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

FT Image: Hanis Athirah Rusli / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×