Tayangan kartun animasi di televisyen atau internet semakin membimbangkan kerana ada yang berupa manusia dan mendedahkan aurat sehingga menimbulkan nafsu syahwat penonton.
Perkara ini sudah pastinya menjadi tanda tanya kerana ia dianggap berdosa atau tidak melihat kartun animasi tersebut menayangkan aurat walaupun tidak bernyawa.
Baca juga: Adab Makan Sambil Bercakap Sebenarnya Sunnah? Ini Penjelasan Ustaz…
HUKUM TENGOK KARTUN ANIMASI SAMPAI NAIKKAN SYAHWAT

Freepik
Perkara yang haram dilihat secara ijma’ dalam kalangan ulama adalah aurat ajnabi sama ada antara lelaki dan perempuan atau sesama jantina secara hakiki, termasuklah juga anggota yang terpisah daripada badan.
Bagi menjawab persoalan mengenai melihat kartun animasi berupa manusia yang mendedahkan aurat sehingga menimbulkan syahwat, hukumnya adalah haram.
Imam Syihabuddin al-Ramli menyebutkan bahawa:
وَخَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُم نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةِ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنّهُ لَمْ يَرَهَا..مَا لَمْ يَخَفْ مِنْهُ فِتْنَة
Maksudnya: Terkeluar daripada hukum haram ialah melihat kepada bayangannya. Justeru tidak haram seorang lelaki melihat kepada pantulan cermin sebagai contoh, seperti mana yang telah difatwakan oleh ramai para ulama’ kerana dia tidak melihatnya (secara hakiki).. apa yang tidak menimbulkan fitnah. (Rujuk Nihayat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 6:187)
Setiap perkara yang dilihatkan dan akan menimbulkan syahwat walaupun benda tidak bernyawa, hukumnya adalah hal ini termasuklah melihat bayangan perempuan ajnabiyyah melalui pantulan daripada cermin atau air.
Sama seperti kartun animasi tersebut, jika ia mendatangkan fitnah dan menimbulkan syahwat seperti berpakaian mencolok mata dan melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan, maka hukumnya adalah haram sama sekali untuk melihat atau menontonnya.
Ini kerana perbuatan tersebut akan membuka jalan kepada perbuatan maksiat yang lebih besar, seperti rogol, zina dan seumpamanya.
Rasulullah SAW telah melarang daripada perbuatan yang mendorong kepada zina termasuklah zina tangan dan zina mata.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 5 Jenis Tawaf Dalam Islam Ketika Tunaikan Umrah Atau Haji, Baru Ibadah Sempurna & Lengkap
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan