Nur

Hukum Buat Rawatan Ketatkan Miss V Demi Kepuasan Pasangan, Rupanya….

25
SHARES
hukum ketatkan faraj

Di spa, terdapat satu rawatan yang dipanggil ‘laser vaginal tightening’ di mana ia berfungsi untuk mengetatkan otot-otot faraj yang longgar. Walau bagaimanapun, perkara ini menjadi tanda tanya mengenai hukum ketatkan faraj agar kepuasan semasa bersetubuh bersama pasangan lebih meningkat.

Huraian bagi persoalan mengenai hukum ketatkan faraj tersebut ada dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Hukum Buat Wax/Laser Bahagian Miss V Supaya Nampak Putih & Lebih Seksi, Ramai Rupanya Yang Dah Buat!

HUKUM KETATKAN FARAJ UNTUK KEPUASAN PASANGAN

hukum ketatkan faraj

Rawatan ini tanpa pembedahan bertujuan untuk mengetatkan otot-otot di bahagian faraj yang sudah mengendur supaya ia kembali kepada fungsinya normal.

Prosedur rawatan ini akan melibatkan proses mengubah ciptaan Allah SWT memandangkan kelonggaran faraj termasuk dalam kategori perubahan semula jadi yang berlaku kepada para wanita disebabkan kekerapan bersalin, penuaan, genetik mahupun kerja-kerja berat.

Mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang ditetapkan pada makhluk-Nya.

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

Maksudnya: “Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu,Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu.”

Jadi, antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan hukum adalah niat melakukan laser tersebut sama ada bertujuan kosmetik atau atas dasar maslahah daruriyyat atau hajiyyat .

Hukum ketatkan faraj ini dapat dikategorikan mengikut keadaan seperti penerangan di bawah:

– Harus bagi tujuan merawat penyakit atau kecacatan akibat kesan kemalangan agar dapat mengembalikan bentuk asal serta fungsinya. Ia dikategorikan sebagai maslahah daruriyyat (keperluan mendesak). Wanita yang ingin mendapatkan rawatan tersebut hendaklah mengutamakan pilihan doktor muslim wanita dahulu.

– Haram bagi tujuan kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata mahupun meningkatkan kepuasan seks pasangan. Selain itu, berlaku fitnah yang besar kerana terdedah aurat yang bukan tujuan keperluan perubatan.

Rawatan laser mengetatkan faraj ini memerlukan kos pembiayaan yang mahal sehingga boleh dikategorikan sebagai pembaziran dan diharamkan oleh syarak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: PU Syed Bidas Tindakan Azwan Ali Berpakaian Perempuan, “Memalukan & Kembali Kepada Fitrah…”

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×