Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan tindakan Azwan Ali di mana berpakaian seperti perempuan ketika berada di sebuah majlis.
Kelihatan menerusi video tersebut, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA berpakaian dress panjang berwarna pink sambil menyanyikan lagu.
Baca juga: Selepas Kehilangan Bapa, Nafkah Tanggungan Ibu Jatuh Kepada Anak Lelaki Atau Perempuan?
BERPAKAIAN SEPERTI PEREMPUAN, PU SYED ‘BIDAS’ AZWAN ALI
Video berdurasi kurang 2 minit itu sudah tentunya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan pendakwah bebas, PU Syed di laman Instagram.
Jelas PU Syed, tindakan Azwan Ali berpakaian seperti perempuan itu adalah tidak wajar kerana dia merupakan insan yang dikenali ramai.
“Saya nak tegur kepada Diva AA yang merupakan pangkat abang atau pakcik, awak adalah orang yang dikenali oleh semua masyarakat di Malaysia kerana anda seorang artis dan pengacara yang hebat satu masa dahulu.
“Tetapi sekarang MasyaAllah, kenapa perangai anda sekarang sejauh ini? Kenapa perlu berpakaian seperti perempuan sedangkan Nabi SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai seperti perempuan,” jelasnya.
“Kenapa perlu buat macam itu? Tak ada ke kaedah lain untuk hidup atas muka bumi Allah SWT ini? Berpakaian seperti itu secara terus boleh mencemarkan agama Islam itu sendiri.
“Video yang viral di media sosial ini telah mencemarkan agama Islam dan tindakan yang memalukan. Perbuatan yang merupai jantina berbeza ini adalah haram dan dilarang oleh Nabi SAW,” ujar PU Syed.
Beliau turut memberi nasihat kepada Azwan Ali dan orang lain di luar sana agar tidak berpakaian seperti perempuan dan kembali kepada fitrah sebenar.
“Kepada Azwan Ali, jadilah manusia yang bermanfaat. Jadi orang lelaki semula yang normal dan jadi wali. Jangan jadi manusia yang berlawanan dengan fitrah. Saya tegur bukan hanya untuk dia seorang tetapi kepada semua yang berkelakuan seperti itu,” nasihat PU Syed kepada orang ramai.
Baca juga: Tipu Kerja Overtime & Claim Perjalanan Lebih Hanya Sebab ‘Gila Duit’, UAI Jelas Hukumnya…
Sumber: Instagram PU Syed